20 Mei 2009

Penanti : Awas calon halimunan.

Gelanggang pertarungan hampir dibuka di Dun Penanti. Sehingga kini kelihatan calon PKR yang mewakili PR sedang melakukan warm-up bagi mengharungi pertarungan yang pastinya hebat nanti. Bukan calang-calang pertaruhan di Dun penanti, tetapi pertaruhan di sana adalah maruah parti.

Pihak lawan yang ditunggu-tunggu dan dijangkakan akan memberi tentangan hebat kepada PR adalah Umno, malangnya belum pun gendang pertarungan dibunyikan, pendekar Umno menarik diri. Walhal sebelum ini, guru kepada segala pendekar Umno ini begitu lantang bersuara seolah-olah mereka lah yang paling kuat dan gagah.

Gelanggang sudah disediakan dan pertarungan wajib diadakan juga. Pedulikan samada Umno berani atau tidak, pedulikan juga ribuan alasan yang diberikan oleh Umno untuk tidak menunjukkan `jantan' mereka di Dun Penanti. Apa yang penting, jika tiada calon sekalipun yang sanggup berdepan dengan PR di Dun Penanti, pendekar kita mesti juga mempersembahkan `lenggok tari pendekar'nya. Itulah pahlawan sebenarnya, tiada musuh kita ubah rentak kepada `tarian dan lenggok silat pulut' sahaja. Namun saya yakin, MUSTAHIL mereka ingin melihat pendekar kita bersilat pulut. Mereka pasti ingin melihat pendekar kita ditentang, jika tidak dapat ditewaskan pun mereka berasa puas sekiranya pendekar kita dapat dicederakan.

Siapakah calon yang bakal mendapat tajaan bertuah nanti? tidak mustahil ada calon yang ditaja dan mungkin juga yang beroleh pendapatan lumayan dengan hanya sanggup menarik diri agar tidak terlalu ramai berada di dalam gelanggang itu nanti. Strategi mereka di Dun bukit Selambau terbukti memakan diri apabila terlalu ramai pendekar berada di dalam gelanggang untuk berdepan dengan pendekar dari PR. Mereka telah belajar dari peristiwa di Bukit selambau dan amat bodoh sekiranya mereka masih berharap strategi yang serupa.

Pakatan Rakyat dipercayai tidak akan leka dan alpa dengan situasi sekarang. Biarpun Umno tidak meletakkan calon mereka, PR mestilah sentiasa menganggap dan mengandaikan sesiapa jua yang berdepan dengan mereka di Dun Penanti nanti adalah `jelmaan Umno'. Anggaplah Umno seperti `halimunan' atau makhluk yang boleh merupa-rupa dan kadangkala ghaib serta menyerap ke dalam jasad orang lain. Apa yang penting, kuatkan iltizam dan perpaduan di kalangan PR agar rakyat akan terus dapat dibela meskipun Umno tidak lagi sanggup menjadi pembela atau wakil mereka di Dun Penanti.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

tanduk berkata...

mungkin bn xmsk penanti nak persiap pilihanraya di perak. lantak pilah kau bn sebab bn dah nyawa dihujung tanduk...

Pemburu Syahid berkata...

Salam....

Mari sama sama kita gelakkan UMNO yang dah nak mati tu. Aku sanggup gali kubur untuk UMNO nih.

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

walaupun penanti tiada pencabar dari BN, PAKATAN RAKYAT mesti berwaspada di negeri perak, jangan terlalu tertumpu di penanti, bersiap sedia juga diperak kerana telah kita ketahui tektik umno banyak menanggup di air keruh, mereka menguar uarkan tidak akan bertanding dipenanti tetapi didalam masa yang sama sedang berusaha untuk mencari calun tajaan mereka dan dalam situasi pehak lawan tertumpu di penanti mereka merancang pula sesuatu di perak.

Di perak juga pehak PAKATAN mesti menjalankan program seperti biasa, ceramah politik dipergiatkan lagi, jangan dibiarkan negeri perak sunyi olih kerana kita menunpukan gelanggang dipenanti takut nanti rumah ditinggal dipecahkan orang yang telah kita tahu keganasan mereka. Perompak sentiasa akan mencari peluang untuk menyamun dan meragut, AWAS.

Tanpa Nama berkata...

BN/UMNO akan menjadi janda gila talak kat penanti
di akan buat kacau sana kacau sini..yang pasti dia puas hati...gila talak bukan hampa tak tau kot...kalau orang kedah cakap gila meheyan...dia tak tentu arah..mana nak tuju....tak caya tengoklah nati.....diakan masuk dlm PKR..buat kerja kotor...kita kenalah berhati2..

Mohd Faizal berkata...

Assalamualaikum YB..

Saya Mohd Faizal nak bertanya sikit kes yg baru jadi pada petang kelmarin.Saya pergi ke sebuah kedai runcit milik seorg berbangsa Cina utk membeli barang keperluan harian di Masjid Tanah,Melaka.Kebetulan saya bertanyakan tentang beras Nasional yg biasanya harga runcit sekitar RM 17.50.Serta merta dgn nada agak kecewa dan sedikit marah,bukan pada saya tapi pada pembekal beras tersebut yg pada mulanya menjanjikan bekalan sebanyak 500 kampit tiap bulan dgn bayaran tunai pada masa penghantaran sebaliknya yg terakhir beliau terima cuma 50 kampit utk bulan lepas.Bermula bulan ini setelah beliau menghubungi pihak BERNAS menyatakan pada beliau yang negara tiada bekalan sehingga bulan 8 nanti.Tambahan beliau kemungkinan harga beras akan naik lagi.Saya yg cuma berada di pekan ini utk berberapa hari,tidak pernah mengenali beliau sebelum ini turut dapat merasakan kekecewaan yg beliau alami lebih2 lagi apabila berdepan dgn pelanggan2 beliau yg rata2nya pekebun kecil,kerja kampung dan nelayan.Apakah kes ini cuma sekadar salah satu drp kes terpencil atau pun ianya juga berlaku di kawasan YB dan mungkin juga menular ke tempat2 lain samada disedari atau tidak.Mungkin YB dapat memberi pandangan YB..waullahualam.

Tanpa Nama berkata...

Umno tak tanding pun salah,tanding pun salah...macam2 laa kata kat Umno..kenapa dengki sangat dgn Umno ni?

Tanpa Nama berkata...

pasal umno bila kata dia pendekar,siap cabut keris...pastu x sarungkan balik plak tu..terus jadi penakut...