22 Jun 2009

Huan keluar Gerakan jika hukuman gantung 3 tahun tidak dibatal

PETALING JAYA: Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahlian selama tiga tahun kelmarin akan keluar parti itu jika hukuman tersebut tidak ditarik balik.

"Kemungkinan keluar... jika keputusan (menggantung saya) tidak dikaji semula," kata beliau ketika dihubungi sambil menambah, beliau akan memutuskan mengenainya dalam tempoh dua minggu.

Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan memberi tempoh 14 hari kepada Huan untuk membuat rayuan berhubung hukuman tersebut.

Huan, yang pernah menyatakan hasrat untuk keluar Gerakan tetapi mengubah pendiriannya untuk kekal dalam parti itu minggu lalu, telah digantung keahlian selama tiga tahun malam kelmarin.

Ketika mengulas lanjut keputusan CWC yang dimaklumkan semalam, Huan berkata, aspek yang dipertimbangkan sebagai alasan untuk menggantung keahlian beliau adalah terlalu remeh.

"Mereka kata mengambil tindakan kerana saya telah meminta penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang mengkritik parti... sekarang budak tiga tahun pun tahu macam mana hendak menggantung kain rentang.

"Jadi, saya tidak perlu mengajar penyokong-penyokong saya menggantung kain rentang.

"Kemudian, mereka kata saya meminta 5,000 ahli Gerakan keluar parti. Mereka semua (ahli yang terbabit) ada fikiran, mereka tidak tahu berfikir sama ada nak keluar atau tidak?" katanya.

Tambah Huan, beliau juga kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum CWC mengambil keputusan.

"Umno pun ada Lembaga Disiplin yang dengar aduan dan berikan tertuduh peluang untuk mempertahankan diri masing-masing.

"Ini dalam Gerakan merekalah polis, merekalah pendakwa dan mereka juga hakim," katanya.

10 ulasan:

Pak Brahim berkata...

Keluar saja la.. apa nak dibising2kan lagi. Sdr. tidak perlu lagi bersama parti2 yang dah reput tu.

For good, pergi sama2 berkempen di Manik Urai bersama2 Kelab Penyokong Pas.

ubatkuat berkata...

tidak ada parti yg sempurna bila berpolitik,ada perbezaan pendapat menjadi asam garam dalam percaturan bila berpolitik,,,tidak ada satu pun yg boleh berbangga bahawa parti anutan dia adalah cemerlang gemilang dan temberang ehh salah terbilang

Mohd Hatta berkata...

Mr Huan, Pakatan Rakyat is more than happy to accept you.

ubatkuat berkata...

jangan fikir banyak sangat mr.huan

pria malaya berkata...

[[ Dulu MIC, pastu PPP, kini Gerakan...abis semuanya pakat 'berperang' sesama sendiri..sesama umno jangan cerita la, semua dah tau sejarah perang dlm Umno cmna, siap baling kerusi, tumbuk bertumbuk lagi time mesyuarat...so, ada baiknya umno berunding dan berbincang sesama Umno dan rakan kompenan BN dulu, betulkan diri dahulu, jangan sibuk nk betulkan urusan lain...

Ni asyik sibuk nk berunding dgn parti lain, tapi dgn rakan sendiri xdapat nk satupadukan..jayakan dulu konsep '1 Malaysia' yg diwar2kan tu dulu, baru fikir 'kerajaan perpaduan'..jangan sampai orang kata yg kejar xdapat, yg dikendong berciciran..ye dak?...

lepas tu, dlm Umno sendiri pulak apa cerita?..semua puak2 n kumpulan2 dalam umno dah dapat disatukan ke belum? apa khabar Tun M dgn Pak Lah? apa cerita Mat Said dgn Idris Jusuh, dan pemimpin2 yg lain?..kalau rasa belum dpt satukan, persatukanlah dorang dulu..baru pk 'kerajaan perpaduan' yg sebenar...amacam?ok?..;p ]]

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/06/huan-keluar-gerakan-jika-hukuman.html

david ahmad muniandy berkata...

keluar-keluar masuklah PR

Baba Siam berkata...

sini saya harap PKR jangan terima kemasukan ahli sampah Gerakan ni......

member pencen keramat berkata...

Kalau dah gantong 3 tahun baiklah keluar daripada Gerakan dan masuk Kelap PAS dan pergi kempeng di Manek Urai biarkan Goh K S Tepelib-pelib mata-mata bersama Najib

Tanpa Nama berkata...

Pakatan jangan terima Huan.

Dia nak ikut gaya Chua Soi Lek, tapi sedikit pun dia tidak mempunyai ciri-ciri atau gaya perjuangan Chua Soi Lek.

Panggil Huan masuk PPP sebab dia cukup sayang BN.

Malam skit....

baba siam berkata...

sekali lagi saya menyeru jgn terima sampah Gerakan kemana2 Parti dlm PR.mereka ada agenda poitik masing2 dan tidak akan akuh kpd pemimpin....