22 Jun 2009

`RAJA KATAK' KATA PAS PENAKUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

IBRAHIM Ali `Al-Kataki' seorang-seorangnya Ahli Parlimen yang menjadi Wakil Rakyat atas ihsan Pas yang menang atas tiket Bebas. Sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, bergema dewan tempat pengumuman dengan laungan Takbir dan Ibrahim Ali ini tersenyum lebar sambil memakai baju Melayu yang berlencanakan lambang Pas. Memang wajar beliau tersenyum megah kerana sebelum ini telah beberapa kali beliau bertanding sebagai Calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan juga di Dun tetapi undi yang beliau perolehi amat memalukan.

Kini, Ibrahim seperti melukut di tepi gantang dalam politik. Pas tidak pelawa, malahan Pas mendesaknya meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana beliau telah mengkhianati kepercayaan pengundi di Pasir Mas. PKR sudah semestinya tidak akan berselera dengan Ibrahim ini kerana kebanyakan pemimpin di dalam PKR adalah bekas-bekas ahli Umno dan mereka kenal siapa `Raja Katak' tersebut. Maka, Ibrahim Ali hanya mengharapkan kalau-kalau Umno berselera atau kepingin untuk menerimanya kembali setelah beliau terperosok tersembam di dalam tong setelah ditendang keluar dari Umno secara amat memalukan. Nasib baik selepas itu, beliau di`pelihara' oleh Pas dan beliau berkata bahawa beliau sanggup duduk di tangga Pas. Itu cara `Raja Katak' menagih simpati.

Baru-baru ini ketika isu Kerajaan Perpaduan hangat diperkatakan, Ibrahim Ali menyatakan bahawa Mursyidul Am serta mereka-mereka yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno ini adalah kerana takut kepada PKR dan DAP. Beliau berkata Pas takut akan kehilangan sokongan dari PKR dan DAP. Ibrahim berhujah, apalah salahnya Pas menerima untuk berunding dan bekerjasama dengan Umno kerana Pas nanti boleh menyuarakan apa jua kepentingan agama atau negara kepada Umno. Lucu sungguh hujah `Raja Katak' ini.

Lupakah Ibrahim Ali apa yang Umno lakukan terhadap beliau? Apa salah beliau sehingga Umno menendangnya keluar sedemikian rupa? Jika Ibrahim Ali sebagai pemimpin Umno yang mengetuai Bahagian Umno, malahan bekas seorang Menteri di dalam Kerajaan Umno/Bn boleh dikhianati sebegitu rupa, apa jaminan Pas pula? Mengapa Ibrahim Ali tidak berunding dan berbincang dengan pemimpin Umno ketika itu? Bolehkah agaknya jika beliau berunding dengan pemimpin Umno ketika itu, jawatan beliau dan kedudukan beliau di dalam politik Umno boleh diselamatkan? Sebenarnya, `Raja Katak' ini pun tahu siapa Umno sebenarnya kerana beliau sendiri sudah kena akibat bermain dengan Umno.

Oleh yang demikian, memang wajar kita menolak Umno sebulat-bulatnya. Janganlah dicari mana-mana dalil atau nas untuk `membersihkan' Umno kerana hanya dengan satu cara sahaja untuk kita menghapuskan kezaliman Umno/Bn di muka bumi ini iaitu dengan melalui pilihanraya umum akan datang. Beberapa langkah yang telah PR lakukan sudah tepat membuatkan beberapa `batu nisan' Umno telah kita tanamkan. Satu lagi `batu nisan' bakal akan kita sediakan untuk Umno di Manek Urai. Kita sediakan `batu nisan' ini sudah terlalu lama buat Umno/Bn, jangan `batu nisan' memakan tuan sudahlah./ wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

tok ggawo berkata...

SALAMMMM!

toksoh wak kigho lah denga dio YB weih !, koho kosek ko kuat nnate tu, bia dio mlaung ssoghe joh la, lamo lamo nyo mapuh la tu, jadi cicok kepik ppitu.

tok ggawo berkata...

toksoh wak kigho lah denga nnate tu YB wehh! dio tuuh, koho kosek ko kuat, bia dio mlaung ssoghe joh la, lamo lamo nyo mapuh la tu, jadi cicok kepik ppitu.

Tanpa Nama berkata...

salam...YB...sy minta sgt2 PRU 13 akan harap parti pas jgn sekali2 berikan lagi lambang Pas digunakan oleh Ibrahim Ali(al-kataki)org sepertinya tidak tahu mengenangkan budi langsung,malah dihinanya lagi pas...

poksoh bacok berkata...

baso berehem gilo.

Tanpa Nama berkata...

penolong alih bahasa:

"tak usah nak berkire lah dgn die YB. makin disuk makin kuat 'binatang' tu. biar kan die melaung sorang2 jek la. lame2 mampus la tu, jadi cicak terkepik pintu."

sokong2. tp masalahnye makin dibiar, makin bersuara pulak. tgk lah pilihanraya nnt, tgk die kekal jd YB ke x.

member pencen keramat berkata...

Orang macam Brahim ni tak payah layan biarkan dia lama-lama diamlah tu kalau dilayan kita pun sama macam dia juga. Amggaplah dia tu orang kurang sioman.biarlah dengan labunyaaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

dulu dia nak cium buntut Che Det dapat sikit habuan. Zaman Pak Lah dia miss sorru minta jadi kadam Tok Guru dapat habuan. La ni dia nak menari ikut tabla Mr.Jib, dia kata macam-macam kat PAS. Katak-katak kau memang boleh berubah warna ikut musim.

serupasekala berkata...

BIAR KO DIO NAK BUAT GAPA , PUAK KITO JANGE ULAS APA YANG DIA CAKAP . KALAU TIDAK MAKIN NAIK LEMAK.

BUAT TAK TAHU JE . BAIR JADI ORE GILA CAKAP SORE SORE ORE LAIN BUAT TAK TAHU BELAKA.

BAGI TAHU SEMUA BLOGGER JANGAN ULAS APA YANG BRAHIM NI CAKAP .

Tanpa Nama berkata...

salam YB,
Ada satu cerita yang boleh kita kongsi bersama,
Dalam satu kg dekat dengan Pasir Mas ada seorang bernama Rahim dan dia memelihara seekor berok jantan. Beliau menggunakan berok ini untuk mengambil upah naik kelapa. Berok ini hebat dan rajin semasa bertugas. Dalam sehari berok ini dapat memberi pendapatan yang lumayan pada Rahim.
Dalam pada itu kelapa dikg itu makin lama makin pupus, lalu rahim pun tak ada kerja dan bercadang nak jual berok ini.Dia pun masok kan dalam sangkar dan tulis iklan BEROK UNTUK DIJUAL dan letak tepi jalan.
Bila orang kg lalu disitu orang akan berkata..
"AI BEROK RAHIM" bakpo nak jual
lalu orang lain pula "AI BEROK RAHIM" nak jual doh bakpo.
Lamo lamo jadi IBERAHIM tu lah asal nya Iberahim AlKataki

ali alor setar berkata...

PAS penakut ka hang penakut,PAS suruh letak ahli parlimen PASIR MAS,dan bertanding lain hang jng. pakai dah lambang bulan,hang pakai lambang kati senget pun tak pa,tu pun depa kebuluk kat hang.jangan kata depa anjing pun tak kebuluk kat hang perasan.

Lockon Stratos berkata...

hg tulih apa ni Chen?x paham aku?pasal mat katak puru ni pon hg nk gado?

ahmadz berkata...

Berehim ali ni sengotile nok sruh PAS bersatu dg UMNO tika UMNO nazak ni,pasal bila UMNO sihat nantu pah tu dah ada kederat UMNO tende PAS berehim boleh jadi hero pulak tunjuk perassan konon PAS jahat,bolehlah UMNO buat MAGERAN pulak di Kelantan.

Tahun 1974 dulu pun berehimlah jadi hero di Kelantan sehingga berehim perusuh membakar tayar buruk biar nampak Kelantan huruhara,akhirnya jadi MAGERAN,dari sit le UMNO angkat berehim sapa jadi katak 2,3 melopat

Unknown berkata...

KAH..KOH..KEH... DIA TENGAH KALUT NAK HALUAN KANAN KENA TOLAK HALUAN KIRI KENA TENDANG HALUAN TENGAH KENA TEMBAK HALUAN BELAKANG NANTI JADI ISU... KAH..KOH..KEH..