22 Jun 2009

Awas : 30 tahan Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang terlepas.

Rusuhan besar di Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang (kawsan Nor Mohd Yaccob) kelmarin telah menyebabkan 30 orang tahanan pusat serenti telah berjaya melepaskan diri selepas melakukan satu siri rusuhan di Pusat serenti tersebut.

Tahanan tersebut telah bertindak membakar bangunan Pusat Serenti dan juga kenderaan-kenderaan kakitangan Pusat Serenti berkenaan.

Pihak PDRM telah mengeluarkan amaran kepada seluruh penduduk Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam sehingga negeri Kedah, Perak dan kawasan-kawsan berhampiran.

Semua kawasan yang disebutkan tadi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. punca kejadian masih belum diketahui.

Berikut adalah berita penuh dari Mstar:-

Bangunan pusat serenti terbakar, 30 penghuni bolos dalam rusuhan

BUTTERWORTH: Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta.

Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah.

Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Ayub berkata, rusuhan itu berjaya ditamatkan dan seramai 589 anggota polis dan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam operasi berkenaan sejak lewat petang semalam.

Selain anggota polis, katanya, 57 anggota Bomba dan Penyelamat terlibat dalam pemadaman kebakaran di pusat itu.

Menurutnya, selepas pemeriksaan dijalankan 11 daripada 12 bangunan yang ada di pusat itu didapati rosak termasuk tiga yang musnah dalam kebakaran, antaranya blok klinik dan pusat latihan.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sesiapa yang cedera dalam rusuhan itu ataupun ditahan sebagai tebusan," katanya.

Beliau berkata, rusuhan itu dipercayai berpunca daripada sembilan penghuni pusat yang ditahan di dalam sel kerana didapati masih positif dadah walaupun menjalani proses pemulihan.

Ketika ditanya jumlah petugas pusat itu yang berada di kawasan berkenaan ketika kejadian, tanpa menyatakan dengan jelas Ayub berkata, jumlah mereka adalah mencukupi

2 ulasan:

ali alor setar berkata...

Hantar saja penagih2 nie duduk di pulau Bidong jangan bagi depa duduk dlm banggunan,buat perabih duit raayat saja,bila keluar depa macam tu juga laluk,bukan nak insaf.

M Rizal berkata...

kawasan kampung saya di bawah parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang... kena berjaga2 la macam ni.