22 Jun 2009

Umno T'ganu: Penyandang tiga jawatan utama digugurkan

Penyandang tiga jawatan utama dalam badan perhubungan Umno Terengganu - setiausaha, ketua penerangan dan bendahari - digugurkan daripada jawatan masing-masing hari ini.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia merupakan antara usaha untuk memulihkan Umno Terengganu yang sebelum ini berpuak-puak.

"Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno negeri malam tadi, lapor Bernama.

Ditanya sama ada tindakan itu diambil ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua Datuk dalam Umno negeri, beliau berkata:

"Bagi saya yang paling penting ialah untuk pikul tanggungjawab. Mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul".

Hishammuddin juga menafikan tindakan tersebut menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya berkata ia mendapat 'restu' semua pemimpin Umno bahagian.

Ekoran itu, ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.

Menteri Belia dan Sukan yang juga ahli parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Chik pula dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong.

Manakala timbalan ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.

Hishammuddin juga mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak .

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana kini melanjutkan pelajaran di luar negara. Malaysiakini/

4 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

Datuk Seri Idris Jusoh ketika wang ihsan hilang sebanyak RM 30 juta dua neklanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat. Akhbar Utusan malaysia yang melaporkan.

Ketika Datuk Hishamuddin pecat Zuber Embang dari jawatan ketua penerangan, Datuk Rosli Mat Hassan dari jawatan setiausaha dan Datuk Ruslam Awang Chik daripada jawatan bendahari Badan perhubungan Umno negeri Terengganu, Idris sekali lagi dikatakan melanjutkan pelajaran diluar negara.

Dahulu tidak dam sebulan Idris balik ke Terengganu katanya sudah tamat belajar. Kini entah apa pula.

Abdullah Ngah berkata...

kata Datuk Seri Hishamuddin pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu bahawa pemecatan Zuber Embong ketua penerangan, Datuk Ruslan Awang Chik sebagai bendahari dan datuk Rosli Mat Hassan sebagai setiausaha deng mengganti Datuk Shabery Chik sebagai ketua penerangan, Datuk Rahin Said sebagai Bendahari dan Datuk Tengku Putera Awang sebagai setiausaha semata mata mahu semua pihak ketepikan sikap berpuak puak.

Memang Umno baik puak. Tapi apakah pemecatan itu berfungsi ke arah itu.

Kata sesetengah pihak yang ada didalam UMNO Terengganu jangan diharap ianya boleh bersatu. Malah tindakan yang dilakukan itu membuat UMNo Terengganu akan tersu berpecah.

Jadi apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Hsihamuddin itu bukan kaedah untuk UMNO Terenggganu bersatu padu. Tetapi untuk membuat UMNO terus perpecah.

Hari ini JKKK orang Idris Jusoh tidak agih borang wang raya kepada orang Ahmad Said. JKKK orang Ahmad said pula tidak agihkan borang wang raya kepada orang Idris Jusoh.

Malah 8 JKKK orang Datuk Rosol Wahid sudah dipecat. Inilah penyakit yang akan menjadi barah kepada UMNO Terengganu apabila lantik Orang luar jadi pengerusi perhubungan UMNO negeri.

Tanpa Nama berkata...

Rosli Mat Hassan tu memang kuat makan duit. Kalau tak caya, tanya sesapa yang kerja kat YPM tu. Dia jadi Pengerusi kat situ, habis duit YPM disalur kepada kroni dia. Tak caya, suruh SPRM semak laa

sifu mjay berkata...

tahniah ang baru dilantik. semoga terus..............................tenggelam.