08 Jun 2009

Husam akan terus berjuang untuk PAS

Bekas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama PAS.

Beliau yang tewas pertandingan jawatan Timbalan Presiden menegaskan kekalahan bukan bererti segala pandangan politiknya akan terhenti sebaliknya percaya rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan meneruskan pandangan beliau.

Husam menjelaskan, sejak awal lagi beliau sudah menjangka akan mengalami kekalahan dan menawarkan diri untuk menyatakan pandangan politiknya.

Beliau menolak tanggapan mengatakan pandangan politiknya ditolak perwakilan kerana calon-calon Naib Presiden dan AJK PAS Pusat mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Saya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan sudah menjangkakan sejak awal akan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan saya, Nasharudin Mat Isa yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandang.

"Saya akan tetap bersama PAS dan akan terus berjuang untuk memastikan PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13 atau pada bila-bila masa," tegas beliau dalam satu sidang media sebentar tadi.

Husam juga menjelaskan, kekalahan beliau tidak akan memberikan kesan kepada pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan kerana PAS tidak memerintah berdasarkan individu sebaliknya kerana kekuatan parti.

Beliau untuk sekalian kalinya menegaskan penolakan sebarang perundingan untuk bersama Umno sebaliknya akan memastikan PAS menggantikan parti tersebut.

"Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno," tegas beiau.

Biarpun tewas, Husam tetap menjadi buruan media untuk mendapatkan pandangan politiknya yang bernas dan tajam. Ini terbukti ketika turun ke pentas untuk ke tandas, beliau dikejar wartawan untuk mendapatkan respons dan komen mengenai keputusan pemilihan. Harakahdaily.

9 ulasan:

مَعهَدين الُمعلمْ berkata...

yer...
sokog minda husam...
dicadangkan supaya husam mengadakan perbincangan mengenai isu ini bersama presiden dan timb. agar tidak menjadi barah di dalam PAS. media UMNO akan sentiasa memutarbelitkan isu ini..

zack zeni berkata...

kecewa dgn sikap pimpinan pas yang main wayang dgn PR. terus terang je mcm kata TGNA takde kerjasama dgn umno. Nasha dgn TGHH jangan cakap berbelit2....

zack zeni berkata...

kecewa dgn sikap pimpinan pas yang main wayang dgn PR. terus terang je mcm kata TGNA takde kerjasama dgn umno. Nasha dgn TGHH jangan cakap berbelit2....

refah00 berkata...

Serahkan saja pada pimpinan.Mereka lebih mahir dalam isu ini.Jangan cepat melatah dan terpengaruh dengan media massa BN.

yes berkata...

Apa yang keluar dari bibir mencerminkan apa yang ada dalam hati. Kita sebagai penyokong bawahan ambil beratlah apa yang dikatakan olih pemimpin Pas dan buatlah pilihan yang tepat. Masa depan Pas bukan hanya milik pemimpin tetapi juga milik kita bersama.

zackeye berkata...

Perjuangan Islam bukan kerana jawatan dan pangkat. Contohilah Khalid Ibn Walid yang bila dilucutkan pangkat sebagai panglima perang oleh Khalifah dia terus berjuang. Perjuangan Islam adalah kerana Allah. Ramai ahli dan penyokong PAS dibawah yang terus berjuang walau pun mereka tahu risiko yang berat seperti kehilangan peluang kenaikan pangkat, mendapat lesen, tender dan sebagainya. Elok juga kalau pemimpin juga menjadi contoh untuk terus berjuang walau pun telah kehilangan pangkat. Tuan Hj Mat Sabu adalah contoh yang baik. Dia terus menyumbang mengikut kemampuannya bila dah tak jadi wakil rakyat walau pun diburu polis dan mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

Dato Husam adalah seorang yang 'service oriented'. Kalau tidak dipilih nanti sebagai AJK Pusat pun beliau akan kemana-mana di Malaysia dengan 'Kijang Care' nya.

http://drazharum.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Salam

Gue bukan ahli PAS n bukan jg ahli UMNO atau mana2 parti pun. Cuma sejak 2 menjak ni gue ambil tahu pasai politik.

Gue xfaham kenapa TGHA mahukan kerajaan perpaduan. Sedangkan negeri Perak pun di porak perandakan oleh UMNO. Yaaa mmg betul, jika org bg tahi, kita bagi bunga. Maksudnya org buat jahat kt kita xkan kita nak dendam pd dia.

Cuma bg gue, Liar always be a Liar.... kenapa? Penipu ni akan menipu.. akan menipu lg, lg, lg dan lg bg menutup kepenipuan dia.

Itu 1 hal..

kenapa pula kita hendak terhegeh2 kepada BN atau UMNO sedangkan urusan dlm parti dan antara PAKATAN RAKYAT sendiri boleh dikembangkan dn dibaiki dan dikuatkan lg.

Dlm BN sendiri pun bercakaran. Tikam menikam. Apa gerenti PAS tidak ditikam belakang atau dibuang spt mana yg berlaku pada tahun 70an?

zackzeni berkata...

aku baca ulasan ahli pas tegar dalam tranungkite dan tengok rupa2nya sentimen bangsa masih lagi menebal dan mengatasi konsep keadilan untuk semua. malu rasanya bila aku bermati-matian mintak kawan-kawan bukan islam menyokong pas esp masa di bukit gantang. bila baca ulasan2 penyokong2 pas ni, aku rasa cukup kecewa. TGHH dan Nasha harus memikul tanggungjawab ini....