03 Jun 2009

Pelajari kekalahan PKS di Indonesia

A Shukur Harun

Kekalahan yang dideritai oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Indonesia dalam pilihan raya Parlimen bulan lalu sangat memedihkan bagi umat Islam, namun kekalahan dan kemerosotannya sangat wajar dipelajari khususnya oleh pendukung gerakan Islam dan parti Islam di mana saja.

Pada pilihan raya Parlimen Indonesia tahun 2004, prestasi PKS yang pada watu itu di bawah pimpinan Dr Hidayat Nur Wahid, ulama lulusan Madinah, sangat cemerlang. Parti bernuansa Islam itu dianggap sebagai pengganti Masyumi, parti gabungan pimpinan Almarhum Muhd Natsir pada tahun 50-an kerana wawasannya sama mahukan Indonesia itu bernaung di bawah panji-panji Islam, walaupun Muhd Natsir sedar Indonesia sebuah negara berbilang agama dan budaya.

PKS dianggap parti Islam generasi baru yang sangat menjanjikan, begitu banyak harapan dan dukungan diberikan kepadanya. Dalam pilihan raya 2004 itu, PKS memenangi kerusi bandar-bandar besar.

Malangnya kemenangan itu ternyata tidak dapat dipertahankan lama. Dalam pilihan raya Parlimen Indonesia bulan lalu, PKS menderita kekalahan di kawasan yang dipernah dimenanginya dulu. Ia kalah di Jakarta, Depok, Bekasi, Bandung dan kota-kota besar lain.

Kekalan PKS ini disebabkan sikap, memberi kenyataan media tanpa berhati, hati, sikap mengatur strategi, mulai kurang memberikan perhatian kepada rakyat biasa.

Ia beransur-ansur menjadi parti elit yang kakinya tidak berjejak di kalangan rakyat biasa. Sungguh malang, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Semuanya terjadi apabila sesetengah pemimpin PKS memuji bekas Presiden Suharto yang semua orang tahu mengenai pemerintahan kuku besi serta tindakan tiraninya.

Selanjutnya ada sesetengah pemimpin PKS mahu pula mengadakan hubungan baik dengan parti Suharto, Golkar yang kini dipimpin oleh Jusuf Kalla.

Segala-galanya bermula pada suatu malam bulan November 2008, sebuah majlis jamuan � Silatulrahmi dan Dialog Antara Keluarga Pahlawan Nasional diadakan di Jakarta.

Hadir sama puteri Suharto, Titiek Suharto dan duduk semeja dengan Ketua Dewan Syura PKS, Hilmy Aminuddin dan Setiausaha Agung PKS, Anis Matta. Dalam ucapannya, Titiek sangat berterima kasih kepada pemimpi parti politik yang hadir kerana memuji ayahnya, Suharto dan memasukan nama ayahandanya sebagai pahlawan dan guru bangsa.

Acara itu, kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring untuk mendorong rekonsiliasi agar tidak ada lagi dendam antara generasi.

Majlis pada malam itu penuh kontrovesi, ramai pemerhati melihat ada usaha sesetengah pihak hendak �memutihkan Suharto�, suastu usaha yang sama sekali bertentangan dengan keadaan yang ada, di mana rejim Suharto menimpakan derita bangsa, pelanggaran hak asasi manusia, matinya demokrasi dan segalanya.

Malangnya, seperti dikatakan tadi, turut hadir pada malam itu, malah memuji dan merestui Suharto sebagai �Pahlawan Nasional dan Guru Bangsa� ialah pemimpin tertinggi PKS. Bagi mereka kalau Suharto itu hendak dimaafkan, ada cara lain � secara peribadi-peribadi � bukan melibatkan pati politik, lebih-lebih lagi ketika menghadapi pilihan raya Parlimen (DPR) dan seterusnya Pemilu Presiden bulan Julai ini.

Ramai pendukung PKS menyalahkan Anis Mata yang hadir dan turut memuji Suharto, tetapi ada yang bertanya bagaimana dengan kehadiran Ketua Dewan Syura PKS sendiri, Hilmy Aminuddin. Bagaimana bliau melihat semuanya ini dari perspektif Islam?

Sejak peristiwa itu, keraguan dan kekecewaan rakyat terhadap parti Islam itu semakin membesar, khususnya generasi muda. Mereka yang kecewa ini bukan saja dari pulau Jawa, tetapi juga dari Sumatera dan Kalimantan, kepulauan Riau serta Sulawesi.

Prestasi PKS yang selama ini diharapkan menjadi tonggak kekuatan parti Islam Indonesia ternyata juga merosot. Tinjauan terhadap momentum kerja, terutama di kawasan yang dimenanginya pada tahun 2004 dulu, didapati merosot. Rakyat yang mendukung PKS dulu kecewa kerana �tidak dipedulikan� setelah menang.

Itulah antara sebuahnya, PKS yang selama ini diberikan harapan tinggi untuk menjadi tunggak parti nasional, setelah Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Bulan Bintang tidak berdaya memenuhi cita rasa dan harapan rakyat.

Mulanya, ketika awal pemilihan Parlimen bulan lalu, Dr Hidayat Nur Wahid diuar-uarkan untuk mendamping Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) sebagai regu Presiden dan Naib Presidern. Namun dengan kekalahan demi kekalahan yang diterima oleh PKS, maka 'harga' PKS pun merosot, tidak mungkin lagi SBY menerima Dr Hidayat sebagai regunya.

Susilo pun memilih Boediono (bekas Gabenor Bank Pusat), pakar ekonomi sebagai calon naib presidennya menolak calon yang diajukan parti politik lain lain.

Alasannya, SBY mememerlukan seorang pendamping yang ahli di bidang ekonomi untuk menghadapi krisis kewuangan global yang cukup tenat jika kembali memimpin.

Alasan tersebut disampaikan SBY kepada Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam pertemuan menjelang deklarasi pasangan calon presiden dan naibnya: SBY-Boediono (SBY - Berbudi) di Hotel Sheraton, Bandung baru-baru ini.

Tifatul Sembiring bertanya: "Kita minta penjelasan kenapa Boediono - SBY melihat persolan kita ke depan masih masalah ekonomi. Selama lima tahun krisis ini belum berakhir?" SBY menjawab, "memang belum selesai."

Selain itu, PKS juga meminta penjelasan tentang mazhab ekonomi Boediono. Dalam pertemuan tertutup itu, SBY menjelaskan bahwa Undang-Undang Sukuk dan Perbankan Syariah di Indoneia sebenarnya lahir pada masa Boediono memegang jawatan di Bank Central itu.

Kini SBY (Demokrat) berpasangan dengan Boediono, Jusuf Kalla (Golkar) dan Wiranto dari Golkar dan Megawati (PDI) dengan bekas jeneral Prabowo.

Adapun PKS menduduki tempat ke empat dalam senarai pemilihan anggota parlimen bulan lalu.

Sebuah pendapat yang cukup menarik ialah dari Direktur Eksekutif Center for Indonesia Reform, Sapto Waluyo mengenai PKS ini: "Kesan kekalahan PKS ini menyebabkan target mendapat 20 peratus suasara telah gagal, kerana kekalahan strategi, bacaan politik, jangkauan dan lain-lain."

Kini PKS terpaksa mengambil keputusan mendukung pasangan SBY-Boediono, setelah 'harga'nya dipasaran politik Indonesia demikian merosot. Ramai yang bingung mengapalah pemimpin PKS yang lengkap dengan Majlis Syuranya, kepimpinan tertingginya yang berpendidikan tinggi, tarbiyah siasinya dan lain-lain, tetapi memuji Suharto, menganggapnya salah seorang pahlawan nasional Indonesia.

(Email 2 Jun 2009)

3 ulasan:

abu muaz berkata...

Kalau ada pula pemimpin disini yang memuji Dr>mahathir,ingin mengadakan pertemuan dan menjadi parti yang semakin elit, mula lupa penderitaan golongan marhean setelah ada sedikit kuasa.....apa pula yang bakal menimpa ya.???

Abdullah Ngah berkata...

Saya sangat setuju dengan apa yang disebut oleh Shukur Harun bahawa kekalahan PKS ini disebabkan sikap, memberi kenyataan media tanpa berhati, hati, sikap mengatur strategi, mulai kurang memberikan perhatian kepada rakyat biasa.

Hal ini pernah berlaku kepada PAS suatu ketika dahulu kerana kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kurang cermat.

Kini pemimpin nampak jelas begitu cenderung membuat kenyataan yang berbentuk sensasi tanpa ambil kira sensivitif ahli dan penyokong rasional.

Sebagai contoh, kenyataan kerajaan perpaduan yang dibuat oleh presiden tempoh hari yang menyebabkan kemarahan yang mungkin tidak mudah dipadamkan miskipun kenyataan itu sudah ditarik balik.

Boleh dikatakan terlalu ramai yang marah marah dengan kenyataan tersebut.

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat juga kadang kadang boleh membuat ahli dan penyokong rasional merasa kecewa, kerana terlalu laju.

Demikian juga kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa yang kelihatan sangat tidak selari dengan dasar perjuangan PAS yang sebenar.

kenyataan Sallehuddin Ayub juga kadang kadang boleh menguntungkan UMNO dan membuat PAS di marahi.

Pemimpin PAS sejak dahulu hingga sekarang kelihatan kurang berhati hati dalam membuat kenyataan.

Soal bangsa melayu dijadikan suatu yang sangat remeh, sedangkan Melayu itulah yang harus diberi perhatian khusus, terutama Melayu yang ada didalam Umno.

Kalau pemimpin PAS asyik hentam orang Melayu dengan dikatakan melayu lebih bodoh berbanding dengan orang asli yang duduk dalam hutan sudah pasti menjadi kemarahan.

Terlalu banyak kenyataan yang dibuat kurang cermat termasuk mengenai isu kominis yang hangat diperbincangkan.

Apa salah ketepikan sesuatu isu yang sensitif agar sensivitif tidak wujud dan boleh dipadamkan.

Kalau dikatakan orang umno lebih bodoh berbanding dengan orang asli suatu yang sangat wajar, kerana Umno memang musuh ketat PAS.

Apabila disebut orang melayu sudah pasti menwakili semua Melayu yang ada termasuk yang bukan ahli Umno yang terasa dengan sindiran itu.

Kurangkan penggunaan hawa nafsu dalam politik Islam yang didukung oleh PAS,lebih lebih lagi banyak kes yang berlaku harus dijadikan pengajaran dan panduan.

PAS kelihatan kurang memberi perhatian kepada Ahli rasional dan lebih mengutamakan muhajirin kini yang jelas tidak sama dengan muhajirin zaman nabi.

Asar zaman nabi mungkin tidak sama dengan asar zaman kita hari ini, kerana iman dan takwa mereka lebih kuat dan terjamin apabila datang ujian demi ujian.

Muhajirin hari ini kelihatan macam musuh dalam selimut pas atau api dalam sekam. Bukan setakat itu sahaja malah sudah ada Asar yang goyah dek PAS mengutamakan mahajirin yang tidak tahu ujung pangkal perjuangannya.

Tanpa Nama berkata...

Punca utama kejatuhan pemerintahan Islam ialah kewujudan musuh dalam selimut, golongan munafiq. Sirrah telah membuktikannya.
Lontaran: Adakah seorang pimpinan tertinggi parti tidak berkesempatan menegur Dato' Presiden secara berdepan, dalam mesyuarat yang pasti dihadiri bersama, contohnya? Mengapa perlu dijaja kritikan terhadapnya sebagai bahan kempen? Inikah yang katakan keikhlasan?
Seperkara lagi: Golongan tertentu kempen sana, kempen sini, tak mengapa tapi apabila ulama' bersuara, cepat saja melenting, nak kenakan tindakan disiplin dsbgnya, mengapa?
Kita lihat individu dan kelompok tertentu terlalu 'bermaharajalela' - adakah mereka anggap parti PAS ini milik mereka?