15 Julai 2009

Abe Uji menang di Manek Urai.

Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

17 ulasan:

ibnumohd berkata...

Ini pengajaran buat kita..jangan merasa terlalu yakin..sebab kerana terlalu yakin akan menghilangkan pengharapan kepada Allah.. muhasabah lah diri..alhamdulilah..parti ISLAM menang lagi..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah...............Takbir!!!!! Penolakan secara terus telah bermula.

ibnumohd berkata...

Ini pengajaran buat kita pejuang islam..jangan merasa terlalu yakin..kerana terlalu yakin itu akan menghilangkan pengharapan kepada ALLAH.. dan menghilangkan indahnya tawakal kepadanya.. alhamdulilah..parti ISLAM menang...ALLAHUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

menang tapi dengan majoriti yang sedikit sekadar 65 undi aje. jelas rakyat manik urai dah nak kepada pembangunan dalam masa yang sama nak kekalkan islam. maka pas perlu fikir-fikir juga jangan hanya pandai dok w ceramah aje, pembangunan kena seiring dengan pembangunan rohaniah jangan lupa pada lahiriah

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, menang juga akhirnya..tapi majoriti yang tipis..sebagai wadah kepada sebuah perjuangan yang ingin memartabatkan agama melebihi segalanya, PAS, pemimpin, ahli dan para pendokong perlu muhasabah, menilai kekurangan..mungkin keikhhlasan, jati diri atau segalanya mungkin..rujuk kembali kepada falsafah perjuangan terdahulu, adakah selari atau sedikit terpesong atau atau...entahlah

Tanpa Nama berkata...

ingatlah PAS bahawa ini satu permintaan dari rakyat kelantan. Jangan abaikan permintaan rakyat...

yes berkata...

Alhamdulillah, Ya A'Alim ALLAH yang maha mengetahui. Syukur PAS telah menang. Banyak banyak cakap nanti timbul fitnah yang bermacam macam. Pokok pangkalnya Abe Uji telah menang.

Unknown berkata...

Alhamdulillah menang. PAS perlu kaji mengapa majoriti merosot teruk. Tapi jangan beri alasan yang letak kesalahan pada UBN, PDRM, Jabatan Kerajaan Persekutuan, SPR dan pengundi hantu. Cari kelemahan sendiri.

ali.alor setaq berkata...

Alhamdulillah PAS menang walaupun majoriti 65.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul Muhyiddin dan BN baik hati, benalah jambatan sebab ramai yang dah mengundi UMNO. Jangan nanti nak pilihan raya nanti baru datang semula dengan janji janji. Harap penoreh getah VIP akan datang menoreh selalu ke Manik Urai dan tidur di rumah penoreh, lagi baik kalau bawa anak isteri sama. Barulah boleh dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, anak ister boleh faham
apa yang di lalui oleh rakyat

MAKJAH CHEMOR berkata...

alhamdulillah menang sikit pun tak pe ada hikmahnya TAKBIR!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

tahniah dan syabas kepada PAS dan kepimpinan. Penghargaan tertinggi kepada petugas yang telah mengabdikan diri mereka dengan penuh istiqamah serta memperolehi rahmah walaupun bertembung dengan karenah peraturan dan segala mehnah.

Tanpa Nama berkata...

pas perlu berfikir panjang kenapa majoriti kecil. ini satu tanda bahawa penduduk kelate dah naik boring dengan pentadbiran yang statik sejak tahun 1990 langsung tak nak buat pembaharuan dalam pentadbiran dengan menjaga hak rakyat.

RakyatCeria berkata...

Hello kawan2. Undi kepada PAS TIDAK merosot TERUK. PAS cuma kehilangan 398 undi kerana berjaya dipesongkan oleh "Jambatan RM10 juta". UMNO hanya berjaya membawa lari 398 pengundi PAS dan BN berjaya membawa masuk 369 orang pengundi hantu yang muncul tiba-tiba (jumlah pengundi tiba-tiba meningkat mendadak). Analisa di sini: http://ceria.my/rakyat/?q=node/116/57#comment-57

ubatkuat berkata...

SALAM BUAT SEMUA
TAHNIAH yb ABE UJI

Tanpa Nama berkata...

PAS menang majoriti 65 kerana beberapa sebab iaitu politik wang.Banyak wang ditaburkan kepada pengundi melayu.Orang mlayu ni kalau dapat duit RM300 seorang lupa kezaliman yg UMNo/BN buat. BN kempen secara ugutan pembangunan.Nak buat jambatan kalau undi BN.Pengundi Hantu.BN dah masukkan pengundi hantu lebih kurang 1500 orang..tapi dengan kuasa ALLAH PAS masih menang. Propaganda MEdia BErita TV & Suratkhabar berkempen untuk BN/UMNO. Calon PAS kurang dikenali berbanding dengan calon yg lepas. Namun syukur alhamdulillah...PAS menang... tapi dalam TV dan suratkhabar, UMNO/BN kalah pun masih tak nak mengaku rakyat dah tolak mereka.Najib senyap je tak kata apa2......

Nokia E 90 berkata...

wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin.