10 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI, hasil perjuangan rakyat

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu Jul 09, 09 12:35:09 pm MYT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan memansuhkan dasar PPSMI yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran sejak dari tahun 2003.

Tindakan pemansuhan ini adalah juga hasil dari kempen berterusan dan perjuangan yang dilakukan oleh pihak pejuang bahasa, pakar pendidikan, pengkaji, ibubapa pelajar, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik seperti PAS dan pelbagai lapisan masyarakat

Keputusan pemansuhan ini dilaksanakan setelah ratusan juta wang rakyat dihabiskan untuk melaksanakan satu dasar yang tidak mengalami proses kajian dan perbahasan yang teliti, disampingianya adalah merupakan satu ujikaji yang akhirnya mendatangkan kesan yang buruk kepada generasi anak-anak. Image

Para pengkaji dan ibubapa juga sebenarnya telah menilai prestasi pelajar dan jurang pencapaian matapelajaran Sains danMatematik yang semakin melebar di antara pelajar luar bandar dan di kawasan kosmopolitan.

Selain dari penekanan Bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan, PAS juga berpendapat bahawa bahasa-bahasa ibunda yang lain juga perlu diberi ruang yang secukupnya untuk dipelajari oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.

PAS juga menyeru pihak kerajaan supaya memperbetulkan kesilapan lalu apabila pihak kerajaan pimpinan UMNO juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad yang lalu apabila digubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

Tindakan ini sangat memalukan kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, sedangkan tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh UMNO sendiri. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa melayu bertulisan jawi juga mestilah diperkenalkan semua.

PAS berpendapat bahawa episod ini menyerlahkan beberapa kepincangan dalam pengenalan dasar dan pelaksanaan oleh kepimpinan negara.

Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara semata-mata.

Dalam hal ini juga, pihak kerajaan hanya memandang sepi dan menunjukkan sikap berdegil terhadap semua pandangan yang mempertikaikan keberkesanan PPSMI di awal pengenalannya.

Kedua, pihak kerajaan tidak mempunyai satu mekanisme yang cekap dalam membuat penilaian segera terhadap pengenalan dasar ini, terutamanya dari segi keberkesanan dan juga audit perbelanjaan peruntukan yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya.

Seluruh episod ini sebenarnya menyebabkan kita juga berhak mempersoalkan kewajaran dasar-dasar besar yang lain, samada telah melalui proses-proses yang ketat sebelum ianya diperkenalkan.

-Kenyataan media Presiden PAS- HarakahDaily.Net

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HARAP2 UMNO DICEPATKAN KUBUR.

zackeye berkata...

Maka tumbanglah lagi satu idea Dr Mahathir. Idea yang menyusahkan rakyat. Walau pun baik tetapi implikasinya sangat buruk. Kerana idea inilah maka Bahasa Melayu dihina disana sini. Kalau orang Melayu dan Malaysia yang mengaku Bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan yang bakal menyatu padukan rakyat dinegara ini, macam mana bangsa lain didunia ini akan menghormati bahasa kita. Bahasa menunjukkan bangsa. Kalau bahasa dianggap lemah dan tidak komersial maka ia juga menunjukkan yang bangsa kita memang lemah dan tidak komersial.
Tapi dengan UMNO ni kita harus berhati-hati. Dulu bila Bersih buat tunjuk perasaan besar, dia takut SPR mengaku nak buat berbagai perubahan seperti tuntutan Bersih, tapi bila marah rakyat reda sikit dia beli dakwat tapi tak mahu pakai. Undi pun tak payah kira ditempat mengundi seperti diBatang Ai. Jadi kita mesti sentiasa menekan dan mengingatkan mereka supaya pembasmian PPSMI ini dilakukan secepat mungkin tak payah tungu lama-lama. Kalau tunggu lama mereka anggap kita lupa dan mereka akan menciptakan berbagai alasan untuk melengahkan lagi implimentasinya.
Orang yang pro Bahasa Inggeris pun tidak akan duduk diam. Mereka pun akan membuat tekanan juga. Tidak mustahil nanti UMNO yang hanya tinggal nyawa ikan akan memenuhi pula tuntutan mereka kerana nak jaga jangan hilang undi. Mereka ni double line pun dia boleh buat U turn. Mana mereka tahu ikut undang-undang kerana mereka rasa mereka kebal dan mahkamah pun hak milik mereka.