14 Julai 2009

Perbicaraan 2 pelajar UM 7 Disember

Abdul Rahim Sabri
Jul 13, 09
11:09am


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember depan untuk perbicaraan dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dituduh menconteng, menceroboh, khianat dan cubaan membakar sebuah dewan di Akademik Pengajian Islam, UM pada 24 Jun lalu.

Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, 21, dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, 21, dituduh mengikut Seksyan 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar tahun dua jurusan Syariah, Akademi Pengajian Islam UM.

Kes mereka disebut semula pagi ini, selepas dihadapkan ke mahkamah pada 30 Jun lalu.

Hakim Rozana Ali Yusoff bersetuju mengekalkan jaminan masing-masing RM5,000 ke atas Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen sehingga perbicaraan dijalankan.

Sebelum itu,Mohd Izzudin dan Mohd Syahruldeen dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap pertuduhan menunggang motosikal bernombor pendaftaran yang sukar dilihat.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kereta di fakulti yang sama pada tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 14(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan.

Bagi kes kesalahan trafik itu, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar pada 24-25 Jun 2010.-MalaysiaKini-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,beginilah polis dan mahkamah kat malsia tercinta.Klau kes2 yang bertentangan etika kerajaan dan jika anak muda tidak menyetujui pimpinan negara pantaslah juak2 umno menghukum.Banyak lagi kes yang lebih utama ditangani sperti dadah,murtad,gejala muda-mudi yg rosak...gua pun tk taulah broo.

zackeye berkata...

Dalam surat tuduhan tu tak kan tak sebut conteng nama Rosmah. Barulah kuat sikit kes.
Kesalahan traffik dalam kampus kerana nombor motor tak jelas. Ini kes lawak ni.