17 Julai 2009

Ribut lagi di Titi Serong: ADUN sampaikan bantuan segera kepada mangsa


TITI SERONG, 16 July :- Kejadian Ribut yang memusnahkan rumah penduduk dalam DUN Titi Serong sekali lagi terus mendapat perhatian dari ADUN berkenaan, Drs. Khalil Idham lim. Beliau yang baru balik dari berkempen di PRK Manek Urai bersama dengan beberapa orang pegawai dari pejabat ADUN dan Setiausaha JKKK Sg. Kota, En. Zulkifli telah melakukan lawatan terhadap 3 rumah yang mengalami kerosakan teruk dalam kejadian ribut itu. Sedikit sumbangan barang makanan dan kewangan dihulurkan kepada semua mangsa.

Seorang mangsa yang ditemui mengatakan kejadian itu berlaku sekitar jam 3.00 pagi dalam keadaan mereka sekeluarga tindur nyenyak.

Dalam kunjungan itu Drs. Khalil sempat berbual dan bertukar pandangan dengan beberapa orang pegawai dari pejabat Tanah dan Daerah yang hadir juga untuk meninjau keadaan dua rumah yang rosak teruk dilanda ribut itu.

Dalam kenyataan ringkasnya yang sempat dipetik, Drs. Khalil menasihati seluruh warga Titi Serong dan sekitarnya menilai kembali segala amal yang dilakukan yang mungkin menyebabkan "bala" itu sering melanda kawasan Titi Serong.

Beliau juga memohon dari agensi yang berkaitan untuk menyegerakan bantuan yang sewajarnya dengan peruntukan yang sedia ada bagi membantu semua mangsa.











1 ulasan:

Awanama berkata...

Terima kasih atas keprihatinan YB kerana cepat menghulurkan bantuan... Teringat peristiwa lalu... 26 Januari 2008, rumah saya juga antara 30 rumah yg terlibat dalam kejadian ribut seperti ini di kampung Titi Serong... Terima kasih sekali lagi kerana menghulurkan bantuan di masa itu walaupun ketika itu YB belum lagi menjadi ADUN Titi Serong...