17 Julai 2009

Jui Meng letak jawatan Pengerusi MCA Bahagian Bakri, kemungkinan sertai PKR ?

KUALA LUMPUR: Benama melaporkan bekas naib presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi MCA Bahagian Bakri, Muar, Johor seperti spekulasi bahawa beliau mungkin keluar parti itu dan menyertai parti pembangkang.

Setiausaha MCA Bahagian Bakri, Kelvin Lim. berkata Chua, yang juga bekas Menteri Kesihatan telah memanggil satu mesyuarat tergempar bahagian berkenaan malam ini untuk membincangkan kedudukan beliau sebagai pengerusi bahagian berkenaan.

"Mesyuarat tergempar itu akan diadakan di pejabat bahagian di Jalan Bakri, Muar malam ini.

"Selepas 7.30 malam, satu kenyataan dijangka dikeluarkan kepada media. Ia seolah-olah Datuk Chua Jui Meng telah membuat keputusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Chua, 64, menjadi pengerusi MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun.

Beliau bertanding jawatan presiden MCA dua kali tetapi kalah kepada Tan Sri Ong Ka Ting pada pemilihan parti 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan tahun lalu.

Bagaimanapun Chua tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai peletakan jawatannya walaupun beberapa percubaan dibuat.

Semenatara itu Malaysiakini dalam satu beritanya menyiarkan kemungkinan Datuk Chua Ji Meng akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Laporan itu juga menyatakan Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Jui Meng juga tidak berjaya.

4 ulasan:

Baba siam berkata...

Tolong PKR! jangan jadi tong sampah kitar semula BN lah
ni dia berita terkini:
Pembantu exco terbunuh terjun dari pejabat SPRM.

Jahanam SPRM & BN....

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha tarik org2 bn masuk pakatan.Tapi pastikan yg bersih saja.kalau yg byk kes rasuah biarkan saja... PR terus kehadapan menuju putra jaya...

Tanpa Nama berkata...

PKR, cari mereka yg boleh mberikan sokongan. demi sasran ke Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

64 tahun. Patut pencen je. Keluar MCA sebagai protes kpd kepimpinan MCA/BN. Lepas tu berehat sampai mati.