17 Julai 2009

Iktibar disebalik Manek Urai

Email oleh : Zamri Keciks

Bahang pertarungan dan pergelutan di medan Manik Urai telah pun reda dan selesai. Syabas diucapkan kepada Sdr. Mohd Fauzi Abdullah , laksanakanlah amanah yang diberi oleh rakyat itu sebaik mungkin sebagai wakil yang mewakili parti yang memperjuangkan Islam. Seluruh negara berbangga dengan pencapaian PAS itu walaupun dengan majoriti yang amat tipis kerana PAS lah satu-satunya wadah harapan yang kekal dengan prinsip dan dasar perjuangannya.

Tidak keterlaluan dikatakan PAS menang bukan lebih kerana calonnya, jenteranya atau mana-mana pemimpinnya, tetapi PAS menang lebih kerana Islam, bukan hanya di Manek Urai malah seluruh negara dari Perlis hingga ke Johor, bukan hanya PRU ke 12 malah sejak Merdeka warna Islam yang ia kibarkan itulah yang membawa barakah dan menyejukkan hati rakyat untuk mengundinya.

Kemenangan di Manek Urai ini merupakan “hatrick” ataupun kemenangan tiga kali berturut-turut buat PAS dari Kuala terengganu ke Bukit Gantang dan kini Manek Urai, suatu pencapaian luar biasa dan perkembangan baru buat parti dan gerakan Islam ini. Namun yang ketara cumalah kalau kemenangan yang sebelumnya iaitu di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, besar dan membanggakan (walaupun kita tidak memerintah Terengganu dan baru sahaja terlepas kuasa di Perak), walaupun bertembung dengan jentera BN yang bagaikan gergasi berkaurng emas, di Manek Urai undi kita merosot, majority kita susut dab BN berjaya menambahkan bilangan undi mereka.

Kita menang dengan majoriti 65 undi berbanding 1352 undi majoriti yang kita perolehi pada PRU ke 12 lalu. Benar “a win is a win” walau dengan 1 undi, namun sebagai sebuah gerakan Islam, parti yang bertunjangkan adab dan prinsip Islam, kita perlu bermuhasabah menyaring dan merenung dimana kekurangan dan kesilapan kita kalau mahu dibandingkan dengan di Kuala Terengganu dan di Bukit Gantang. Biar kita berterus-terang, jujur demi kelangsungan perjuangan yang maha suci ini.

Kita perlu akui suasana di Manek Urai berbeza dengan suasana mana-mana pilihanraya kecil yang melibatkan PAS sejak tahun 50-60an lagi. Suasana agak kelam, ikatan ukhuwah dan mahabbah berjemaah bagaikan diuji di sana. Kalau sebelum ini jika pun ada perbezaan pandangan sesama kita, tetapi apabila terjun ke medan perang segala-galanya diketepikan. Keutamaan adalah mempamirkan satu saf ketumbukan yang padu dan kemas bagi menggerun dan menghadapi musuh. Di Manek Urai kali ini secara jujur saya nyatakan ia tiada malah sebaliknya strategi dan pendekatan asing dibuat sehingga saf tampak tidak kemas, longgar dan renggang.

Ada yang boleh turun, ada yang dilarang. Ada poster yang boleh naik ada yang tidak. Ada yang disusun dan dibenarkan ceramah ada yang tidak. Malah ada pula yang menggunakan gelanggang untuk menyindir dan merendah-rendahkan sesama jemaah. Maaf ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ahli-ahli secara matang melayan karenah ini walaupun hati luka dan gelisah. Kita tidak mahu menzahirkan kelemahan kita walaupun ada yang ghairah begitu. Tetapi kita tidak berdaya menahan persepsi mereka yang di luar saf. PAS dilihat berbeza di Manek Urai, bukan PAS yang biasa-biasa. Kerana itu samada kita sedari ataupun tidak mereka yang di luar saf yang sebelum ini pernah memenangkan kita, kini rimas dan tidak selesa dengan gelagat kita. Mereka percaya dan kasih pada PAS tetapi PAS kali ini tidak tampak bagaikan yang selalu-selalu.

Biarlah kita berlapang dada dan menyelami kekurangan ini dengan penuh adab dan disiplin Islam. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Apa pun kepada yang ikhlas yang telah bertungkus-lumus kerana percaya pada PAS dan prinsip perjuangannya, syabas saya ucapkan. Doakanlah PAS kekal sebagaimana asalnya. Buangkan yang keruh ambil yang jernih.

10 ulasan:

rakyat berkata...

Semua orang tak perlu kelam-kabut sangat dengan kes "Menang Tipis" Manek Urai. Sebenarnya BN hanya berjaya pada dua perkara ini: (1) Berjaya membawa masuk 369 pengundi baru yangmengundi BN (dari mana? - entah) dan (2) Berjaya memesongkan dan memerangkap 398 orang pengundi yang mengundi PAS pada thn 2008 untuk berpaling/bertukar dan mengundi BN dengan hanya janji-janji manis dan "Jambatan RM10Juta". Adakah 800 undi tambahan ke BN pada PRK41 ini cukup untuk menaikkan semangat BN dan mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat, sedangkan belanja BN terlalu besar dengan seluruh kelengkapan untuk menghancurkan seorang peniaga ikan, diakhiri dgn peniaga ikan itu menang tipis?

Lihat analisis penting di http://ceria.my/rakyat/?q=node/116/57#comment-57

id_z3r0 berkata...

sgt setuju dgn pendapat drs. khalil...x perlu takut utk bermuhasabah demi perjuangan yg lebih mantap pada masa hadapan...insya Allah...apa pun tahniah diucapkan pada PAS atas kemenangan Manik Urai.....

ニタちゃん berkata...

Saya setuju sangat dengan pendapat drs...saya bukannya ahli PAS (PR), mahupun UMNO (BN). Saya terdiri dari "silent majority" yang melihat dari luar akan gelagat2 ahli politik kita. Memang terdapat kegusiran tentang PAS sejak kebelakangan ini terutama "intention" segelintir dari pucuk pimpinan PAS sendiri. Cadangan drs untuk muhasabah diri dan perkemaskan saf adalah sangat dialu-alukan oleh kami yang inginkan perubahan dalam lanskap politik negara. Teruskan perjuangan.

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

jadikan "kekalahan" sebagai muhasabah kepada semua pejuang islam. Bukan semata-mata menunding jari menyalahkan UBN 100% dan pada masa yang sama alpa dengan kekurangan dan kesalahan diri sendiri.

Awanama berkata...

syabassssssssssssssssssssssssssssssssssssss.

org laut berkata...

Allah taala hendak menguji sejauh mana hubungan persaudaraan kita dalam perjuangan dan ujian itu hadir semasa prk di manik urai. ternyata kita terutama pemimpin2 PAS perlu memuhasabah diri bertapa pepecahan yg hampir2 berlaku dlm PAS hampir berakhir dgn kekalahan di manik urai. kembalilah kepada penganggan dan perjuangan asal,bersatu hatilah kembali demi PAS dan Islam Khasnya.

colox berkata...

apa yang berlaku ade hikmahnya...dan hikmah tu yang sptutnya kt kaji...mungkin ini peringatan bt sume ahli PAS sapai ke pimpinan..kemengangan yang diberi tuhan bukan untuk dibangga dan yakin..ttpi dugaan dan ujian yang mn kt leka hdpi bersama..sebagai sebuah perjuangan Islam ayuh kt sma2 perbaiki kelemhan dan kembali kpd perjuangan asal kita..menegakkan ISLAM..Yakin lah pada ketentuan Tuhan..rapatkan saf, hentikan perbalahan sesama sendiri..

Shams Fatani berkata...

Hi
Thare are cracks and crepts and denial syndrom. Why there is denial syndrom in comming political post mortem? Why "unity goverment" will not be disciss? It's "Unity goverment" that destroyed everything, and whole foundation of PAS political synergy and outlook. The golden days of PAS are destroyed and gone. Islamic jurisprudence thoughts are clear enough about corruptions, rules of law, legal judgements "furqan" the critiria of right and wrong should not be subjective...ect, whether the subjects are muslims or otherwise, UMNO or otherwise, corrupted muslims or otherwise. 50 years drifting is too long to reflects. Where were we in the in late 60's and 70's or right after bloody 130569 structuring new economic policy. Our economic position and legal progress was positive and forward looking to then Singapore, Taiwan,China, Hong Kong and Korea, the countries natural resources are scares but development banking on human capital. Our NEP should progressed by leaps and bounds. We failed and regressed in all aspect of social,political and economic changes... The NEP core subject, the bumiputra, are still left behind and marginalised below expected 30% economic parity after 40 years. A failed state and a failed goverment. Does PAS need them in term of faith..the faith of social changes? PAS new thinkers with hopes and aspirations please stand up.

FATH berkata...

jangan jadi permerhati saja, mari kita berjuang dlm menegakkan ISLAM ini semoga kita tdk dpersoal diahkirat sebelum terlewat.

Awanama berkata...

Salam Ukhuah buatsemua.
Saya terpanggil untuk membuat ulasan tentang kemenangan PAS dan kekalahan UMNO di Manik Urai, mari kita lihat apakah yang dapat kita pelajari dari situasi diatas.
Pertama ianya adalah pengajaran kepada PAS supaya mengiktibarkan betapa perpaduan dikalangan sendiri adalah penting jika kemenangan yg lebih mantap hendak di capai. Tidak ada bumi yang tidak di timpa hujan, tiada laut tidak bergelora, namun apa yang penting, segala kepincangan harus di selesaikan secara dalaman tanpa melimpah keluar, kita sedia maklom betapa lawan sentiasa mengintai setiap peluang untuk dieksploitasi.
Tetapi, apa yang lebih besar pengajaran yang perlu diambil ialah kekalahan tipis yang berlaku kepada UMNO (BN), Kenapa Allah tidak menangkan UMNO, sedangkan segala yang termampu talah di lakukan, kenapa kekalahan hanya 65 undi sedangkan undi bukan melayu sendiri sudah melebihi dari cukup, jawaban nya tidak lain dan tidak bukan ialah, betapa ALLAH menunjukkan kekuasaan NYA, betapa hebatnya perancangan manusia, namun perancangan ALLAH adalah lebih hebat dan sempurna. ALLAH tetap tidak menerima segala yang munafik dan kepalsuan, sebab itu biar apa sekali pun yang di buat olih manusia ALLAH tetap berada bersama dengan yg berpihak kepada NYA. ALLAH sengaja menjadikan majoritinya kecil supaya kedua dua pihak menyedari akan kesilapan masing masing.
FIKIR FIKIR DAN RENUNG RENUNGKAN LAH.

Asamaradana KL