27 Julai 2009

Ulasan baru mengenai H1N1: Politeknik Sultan Mizan Dungun ditutup.

Oleh : al amin ahmad

Salam YB, saya ni tak la pandai sangat..sebab SPM pun pangkat 3 ja...tapi saya nak memberi cadangan yang heharap dapat di kaji semua mengenai H1N1 ni..mana tau...YB kan doktor jugak..boleh bagitau saya apa yang saya nak explore ni betui ka berkaitan dengan H1N1 ni.

Saya ada di beri penerangan ringkas oleh seorang doktor pakar kanak-kanak mengenai HEPATITIS A. Kanak-kanak yang memasuki umur 2 tahun secara optional nya perlu di beri vaksin HEPATITIS A. punca penyakit ni banyak berkaitan bila kita dok pi bawak anak2 kita pi makan kat luar seperti KFC, MCDONALD atau jugak kedai2 makan biasa di luar sana.pinggan,sudu,garpu,cawan atau gelas berkemungkinan dapat memberi penyakit HEPATITIS A dekat anak2 kita ni. Salah satu punca maybe pihak yang mencuci bekas2 ni tidak bersih sepenuhnya.

Hampir 10% kanak2 kena jangkitan ni yang bila di rawat, terpaksa manghabis ribuan ringgit untuk melakukan pembedahan. Dan mengikut penerangan doktor pakar tersebut, vaksin HEPATITIS A ni tak mampu di subsidikan kerajaan MALAYSIA kerana kos nya yang mahal. Alangkah baiknya jika kerajaan MALAYSIA dapat mengsubsidikan vaksin ini...

mengikut pengamatan saya dengan semua kes2 yang berkaitan H1N1 ni banyak terkena dekat orang/pelajar/mahasiswa dan mahasiswi yang makan dekat kedai2 di luar sana..macam keracunan makanan plak jadinya...bila kena ja..satu kampus kena tutup..kalau pi makan kat kantin sekolah ja..satu sekolah kena tutup...

Sepatutnya kebersihan perlu di jadikan satu misi utama jabatan yang berkenaan untuk menyiasat punca bebudak ni kena H1N1 ni..pi serbu kantin/kedai2 makan yang telah di kunjungi mereka yang terkena kuman merbahaya ni.

Soalan saya untuk YB :
1. adakah vaksin HEPATITIS A mampu mengubat penyakit H1N1 yang kian menular di dalam negara kita ni?

2. Kenapa kerajaan MALAYSIA tak mampu subsidikan vaksin HEPATITIS A ni dekat rakyatnya? Sedangkan habis duit dekat pilihanraya boleh plak?

itu sahaja pandangan dan soalan saya untuk YB..mana tau YB dapat membetulkan keadaan ni dan dapat mencipta sejarah pasai H1N1 ni..saya ni mungkin tak layak (cam ADUN MANIK URAI yang baru-tak mengaji tinggi), tetiba nak pi sebut pasai vaksin..bueknya kena gelak dek orang2 gomen...

wassalamu alaikum...
terima kasih

4 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

hmmm....baguih tu...aku sokong.kita sebagai umat islam.mestilah utamakan kebersihan.oleh itu kementerian kesihatan kenalah bertindak segera.pantau semua permis2 makanan.terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan pelajar.

ZAMRI kecik's berkata...

hmmm....baguih tu...aku sokong.kita sebagai umat islam.mestilah utamakan kebersihan.oleh itu kementerian kesihatan kenalah bertindak segera.pantau semua permis2 makanan.terutamanya di tempat yang menjadi tumpuan pelajar.

Tanpa Nama berkata...

Drs tu bkn brmaksud doktor..ia adalah doktorandus,gelaran kepada siswa yg tlh brjaya mendapat first degree di indonesia..sy doakan mudah2an alfadhil us.khalil akn meneruskan pengajian sehingg hurf s tiada lg pd prkataan tu..kan molek jk ditulis Dr.Khalil....

Anjang Aki berkata...

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi sikit hal vaksin ni. Selama ini umat Islam menerima vaksin tanpa mempersoal halal haramnya. Sebagai contoh, vaksin meningitis yang diwajibkan kepada sesiapa yang ingin mengerjakan haji, umrah atau ingin bekerja di arab saudi.

Vaksin ini telahpun disahkan haram oleh Majlis Ulama indonesia, dan meeka menegaskan bahawa vaksin yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan Malaysia dan 77 negara lain, sekalipun Malaysia menafikan.

Saya baru saja beberapa hari pulang dari umrah, dan sudah tntu tidak terkecuali diwajibkan menerima suntikan tersebut. Namun saya bersyukur, hasil perbincangan dengan doktor, saya tidak diberi suntikan atasa lasan saya telahpun mengambil langkah imunisasi menyeluruh mealui kaedah homeopathy. Maka kad pengesahan suntikan saya dikeluarkan oleh doktor tersebut.

Ketika dhadapan kaabah, saya kebetutan bersebelahan dengan seorang yang saya lihat amat sedih, bertaubat akan dosa-dosanya. Lalu saya menegur beliau. Rupanya seorang warga Indonesia, berawatan sebagai salah seorang timbalan pengarah kesihatan di sana.

Tugas beliau ialah mengesahan suntikan meningitis untuk jemaah haji dan umrah Indonesia. Beliau memberitahu saya, bahawa dia amat berasa berdosa kerana terpaksa menyuntikkan vaksin haram bagi jemaah haji. Betapa besarlah dosanya. Mengenangkan kira2 2 bulan lagi akan bersara, maka beliau datang ke Baitullah untuk mengadu hal kepada Allah.

Beliau sepat memberitahu saya bagaimana proses vaksin itu dibuat. Bahan utama untuk vaksin tersebut sememangnya halal, dari tumbuhan. namun untuk menjadikan bahan2 tersebut sebagai vaksin, memerlukan pemangkin agar bahan itu seati dan boleh bertindak sebagai vaksin. bahan pemangkin itulah gliserol yang berasal dari lemak babi.

Hingga kini, saya masih meragui vaksin2 yang terdapat di negara kita. Masih terdapat unsur2 pembohongan atau perkara2 tersembunyi yang menjadi misteri...maka vaksin diberi status halal. Hari ini, jika ada test vaksin meningitis malaysia, pasti tiada unsur babi, sama juga vaksin meningitis di indonesia. Ini kerana bahan yang dominan, atau produk akhir tersebut tidak dikesan unsur babi, hanya dalam proses pembuatannya sahaja.

Sebagai rujukan, anda boleh membaca artikel ini.

http://www.jphpk.gov.my/Malay/Okt%202002%2013.htm

http://pmsupsi.blogspot.com/2009/06/vaksin-untuk-jemaah-haji.html

Sekian, untuk bahan berfikir dan tindakan bersama.

Wassallam