18 Ogos 2009

Gobala ditahan, didakwa timbul kekecohan

Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.


Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.

Malaysiakini/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan anggota Parlimen pembangkang N.Gobalakrishnan menimbulkan kekecohan semasa penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini adalah seperti individu yang tidak tahu undang-undang dan memalukan Parlimen, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin...... “Saya fikir, ahli Parlimen itu sepatutnya faham, bijak. Saya tidak tahu kenapa bertindak sebegitu rupa. Apa lagi terlibat dengan pihak berkuasa yang menjaga keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan My Tuition di Taman Bukit Angkasa di sini.(Utusan Online, 17/08/2009 9:18pm). Tapi tindakan TPM ni yang guna helikopter Nuri untuk rasmi majlis parti UMNO lagi memalukan... TPM kita ni bijak ke? Tuan Guru Nik Aziz cakap tentang hubungan antara kerajaan negeri dengan persekutuan pun dia tak faham. Sebab tu agaknya dia guna pesawat Nuri, sebab dia tak faham mana tugas menteri dan mana tugas timbalan presiden UMNO. Dia pun tak faham kata orang tak faham. TPM kita patut bayar balik duit minyak helikopter Nuri yang dia gunakan tu. Mesti bayar, kalau tak tuntut di Akhirat.

ibnumohd berkata...

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Perbuatan bodoh yang menjatuhkan standard ahli Parlimen!

Demikian reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang menimbulkan kekecohan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri hairan bagaimana para penyokong Barisan Nasional (BN) begitu tertib dan mematuhi arahan tetapi sekelompok kecil penyokong pembangkang pula bertindak bagaikan tidak faham undang-undang.

ibnumohd berkata...

Makin merapu TPBN tu

Tanpa Nama berkata...

memang makin merapu TPBN nie...

kemungkinan 3 faktor beliau jadi camtu:
1. sudak nyanyuk
2. raih undi
3. da perangai dia camtu

Tanpa Nama berkata...

memang pun sudah di duga setiap kali penamaan calun hanya pihak pembangkang saja yang salah , umpama BN ni maksum tampa sebarang masalah tetapi apa yang terjadi kpd Men.Besar Pahang yg menunjukan isyarat lucah pd pembangkang dulu semasa penamaan calun piliharaya kecil di Pahang dulu . Apasal di diamkan ......

Tanpa Nama berkata...

satu lagi projek kerajaan barisan nasional.