18 Ogos 2009

Pemuda Pakatan cabar Pemuda BN debat isu pengkhianat

BUKIT MERTAJAM: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabar Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berdebat mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu. Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut.

"Khairy boleh tetapkan di mana sahaja dan bila untuk berdebat, kami bersedia pada bilabila masa dan biar rakyat tahu siapa sebenarnya pengkhianat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pemuda PASDAPPKR di markas Pemuda Pas di Kampung Pelet di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat barubaru ini menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hasan berkata jentera Pemuda PASPKRDAP akan berkerja keras bagi menarik pengundi muda untuk mengundi calon parti itu, Mohd Salleh Man Mat Aji pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu, jentera Pemuda PASPKRDAP telah mengatur beberapa strategi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pas, termasuk turun padang bagi mengenalpasti pengundi muda di kawasan ini. "Kita akan tarik pengundi muda kerana lebih 40 peratus adalah golongan itu dan mereka merupakan penentu kemenangan kami di sini," katanya yang enggan mendedahkan lanjut mengenai strategi pakatan itu.

Pilihan raya kecil itu dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman, Mohd Salleh (Pas), dan Kamarul Ramizu Idris (Bebas).

DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pemilih berdaftar termasuk seorang pengundi pos dan daripada jumlah itu 14,677 pengundi (72.34 peratus) ialah Melayu, 5,248 (25.86 peratus) Cina, 332 (1.64 peratus) India dan 33 (0.16 peratus) lain-lain bangsa. BERNAMA

mStarOnline/-

Tiada ulasan: