18 Ogos 2009

Penamaan Calon Permatang Pasir : Gobala dikasari Polis




Polis menahan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.

MalaysiaKini/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ternyata tv3 tu diperalatkan oleh bn.tadi tv3 tunjuk yg gobala menampar sorg polis,tetapi sbnrnya krna dikepung sekolompok polis yg sdg 'membuli'nya.sampai koyak sluar gobala tu.

Tanpa Nama berkata...

baju T oren tu sapa
cuba tengok betui-betui apa dia buat

Tanpa Nama berkata...

kemenangan pasti akan datang. kalau pemimpin yang dipilih rakyat diperlakukan begini, bgaimana pula rakyat yang bakal memilih pemimpin pula akan diperlakukan.

Tanpa Nama berkata...

polis barua!
buat org sesuka hati bpak die je...

Tanpa Nama berkata...

rakyat boleh lihat biadapnya polis terhadap wakil rakyat mereka.macam mana rakyat nak menharapkan polis menjaga keamanan,sedangkan wakil rakyat yang dipilih mereka diperlakukan sebegitu rupa,BAGAI MANA PULA RAKYAT!munkin akan lagi teruk diperlakukan.orang yang dizalimi dimakbulkan doanya.ingat didunia mereka berkuasa tetapi apa bila mati......

Tanpa Nama berkata...

Rasanya lebih aman kalau polis tak ada.di satu-satu tempat.contohnya masa penamaan calon ni dan masa demi mansuh ISA.saya cadangkan kita sentiasa kawal pimpinan dan jangan biarkan pihak polis melakukan sesuka hati.pimpinan kita bukan penjenayah sehingga kena digari sampai dlm ambulan pun masih digari.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat tv,polis dan agensi kerajaan memainkan peranan membantu umno.rakyat dapat melihat......
TUNGGU PILIHANRAYA KE 13 NANTI RAKYAT AKAN MEMBUAT KEPUTUSAN......................!
hidup-hidup
hidup RAKYAT
hidup-hidup
hidup ISLAM
hancur-hancur
hancur BN

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam baju T oren tu ambil sesuatu barang dari poket Gobala Krisnen dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya...... Hanya Allah saja yang Maha Tahu.....wallahhualam...!!!!!

MuBaroque berkata...

yang baju oren tu bukann ke ronnie liu?