18 Ogos 2009

PM diminta beri tumpuan utama kepada H1N1

Email Oleh : newsforwarder®™
from Mahfuz Omar by MahfuzOmar


Meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor.

“Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat.

“Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum akan datang, dan sekarang adalah masa untuk menyelesaikan masalah rakyat,”

Saya mencadangkan agar Parlimen mengadakan satu persidangan khas bagi membincangkan wabak Influenza A(H1N1) yang disifatkannya sudah menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara berikutan kematian 38 orang setakat ini.

Sebuah jawatankuasa keselamatan negara hendaklah diwujudkan dengan segera agar langkahlangkah pencegahan yang lebih serius dapat diambil. Katanya pemeriksaan dan kawalan ketat perlu dilakukan terhadap pelancong asing yang masuk ke negara ini selain rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara, khususnya mereka yang datang dari negara yang dikenal pasti menjadi punca wabak merebak.

“Kuarantin harus diperketatkan seperti di Mexico di mana seseorang yang dijangkiti penyakit itu dikuarantinkan dengan ketat, dan mereka berjaya mengawal situasi ini daripada menjadi lebih teruk,”

6 ulasan:

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

Semua rakyat Malaysia cepat berdoa supaya Najib dan semua menteri kabinetnya terkena jangkitan selsema babi H1N1. Dah jadi macam tu nanti baru la kerajaan pusat pemerintahan rejim BN ni nak bertindak.Kalau rakyat mati bagi UMNO/BN perkara kecik je. Menteri Kesihatan tu hari-hari dok lapor jumlah kematian je.Nak tutup sekolah tak bagi, bahkan suruh bagi tau kawasan hotspot H1N1 pun tak mau.... CEPAT!CEPAT!CEPAT!DOA!!!!
Untuk kita, rakyat ... doa minta perlindungan daripada Allah S.W.T.

anakjatiperak berkata...

ana mau tunggu Najib umum slogan baru " 1Malaysia Rakyat Ketakutan H1N1"

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Menurut kenyataan PM influenza A sudah menjadi ancaman kepada negara. Justeru itu kerajaan sepatutnya membuat propaganda secara meyeluruh bagi mengelakkan penyakit tersubut terus merebak.Antara cadangannya
i. Pastikan separuh daripada rancangan hiburan TV disemua rangkaian ditangguhkan dan diisi dengan hal-hal yang berkaitan dengan influenza A
ii. Topeng muka diberi secara percuma dengan mengedarkannya melalui sekolah, universiti,klinik, pasaraya, kedai runcit dan tempat-tempat awam lain.

Tanpa Nama berkata...

Najib x brape takut H1N1 ni, beliau lebih takut kepada ancaman yg lebih besar, virus B1N1.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kerajaan tak cakap virus tu datang dari nyamuk je...(JE) masih ingat tak? memberi tanda tanya kenapa budak umur 6bulan duduk dirumah boleh meninggal kalau tak kerana nyamuk pasti tak akan ada benda H1N1 tu... semua ni sebab ada negara yang mahu sekat perniagaan org je..hahaha

kangkalikong berkata...

najib takut ngan bini puaka dia.nanti tak pasal2 kena jampi serapah.apa kes nak pikir rakyat.kalo mntk sidang parlimen ka,mtk bagi topeng percuma ka,kena tanya bini dia dulu, kalo tak malam ni kena tido luar ngan anjing kurap kat luar,,yo la 1malaysia.bini diutamakan,rakyat disampahkan.First lady katakan....kui...