14 Ogos 2009

H1N1 buat sendiri Topeng Muka untuk jimat kos

Oleh : Rozmal bin Malakan


Minggu lepas saya beli sekotak topeng muka di farmasi dekat pekan Senawang. Harga masa tu RM 20 sekotak , ada 50 , maknanya 40 sen sekeping. Tempat lain saya tanya ada yang jual 80 sen hingga RM 1 sekeping.

TAHU KE TIDAK topeng muka ni hanya boleh guna 4 ke 8 jam. Maknanya hari-hari kena tukar ? Kalau satu keluarga 7 orang , RM 7 setiap hari untuk topeng muka saja. Kalau tak tukar hari-hari , baik tak payah pakai.

Kakak saya dari Pahang kata di sana dijual RM 45 sekotak , makna 90 sen sekeping.

Wow , boleh untung jual topeng muka ni. Lebih 100%. Jangan tamak. Wabak bala penyakit datang ni jangan kita nak ambil untung. Kita kena banyak bertaubat dan beramal.

InsyaAllah , kalau nak jimat kos boleh buat sendiri topeng muka ini dan boleh guna semula.

Guna beberapa lapis sapu tangan , atau kain dari kapas (cotton/t-shirt) , atau kain serban , ikat elok-elok pun boleh. Kalau pandai jahit buat sendiri elok-elok. Sebaiknya 9 lapisan. Setiap lapisan arah bentuk kain berlawanan.

Cara ini lebih jimat. Pastikan basuh hari-hari. Buat dua tiga set.

Kepada makcik-makcik dan kakak-kakak yang jahit baju raya tu , bolehlah buat bisnes buat topeng muka. Ianya dapat membantu masyarakat. Sama-sama untung dalam Win Win Situation begini. Pastikan ianya kain kapas antara 4 ke 9 lapisan.

4 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

uii...banyaknya lapisannya.
buleh bernafas ke?
nanti lemas pulak.

Awanama berkata...

Setuju dengan zamri keciks.Dok takuk mati kerana H1N1 last sekali mati kerana tak bernapas.Tambah makcik dan tokwan yang tua, tak tutup mulutpun susah nak bernafas.Kalau dah sampai berlapis nasiblah.

Apapun utk sahabat yang sampaikan idea.terima kasih

cokoh cik latih berkata...

orang bagi idea pun kira oklah tu,banyaklah pula
komennya.dah banyak duit beli eja banyak2 sedekah kat orang dapat juga pahala

armouris berkata...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi