14 Ogos 2009

A H1N1 Politik Melampau Malaysia memburukkan keadaan

Oleh : Rozmal bin Malakan

A H1N1 makin serius , tapi media terlalu memberi tumpuan masalah politik di Malaysia. Cuba tengok tajuk berita utama 13 Ogos 2009

Utusan Malaysia - Syor dakwa Siew Fook, Ooi
Harakahdaily - 90 pemimpin Pakatan berbengkel esok
Berita Harian - Need for online records to prove authenticity of Datukships
Malaysiakini - 'Ridiculous honesty' from Tiong

Sejak Selasa 11 Ogos 2009 hingga pagi Khamis 13 Ogos 2009 ada banyak tempat di Seremban tiada air kerana kerja pengalihan paip. Telah diberi pengumuman dalam Utusan minggu lepas , tapi ramai yang terlepas pandang. Sebab tajuk utama akhbar tak kiralah BN atau PR ialah isu politik. Akibatnya A H1N1 di Seremban mungkin akan bertambah buruk kerana masalah air, kecuaian pemimpin dan rakyat.

Kakak saya di Pahang dah panik. Orang dah berebut beli topeng muka. Tapi mahal sangat. Di sana dijual sekotak 50 keping RM 45 , saya boleh beli di Seremban RM 12 sekotak 50 keping. Saya beritahu kakak saya , buat sendiri topeng muka guna kain kapas , sekurang-kurangnya 3 lapis , boleh buat projek koperasi sekolah dia.

Orang awam dah mula marah-marah pada kakitangan hospital. Jangan salahkan kakitangan hospital , mereka dah tak menang tangan sekarang ini. Salah rakyat tak faham peraturan menangani wabak A H1N1. Salah media juga yang menjadikan Politik tajuk utama akhbar. Media BN dan Media PR.

Oleh itu mereka yang ada akses internet sebarkanlah maklumat yang berguna mengenai A H1N1. Jangan ada pihak yang mengaut keuntungan pula akibat penderitaan orang lain.

Banyak laman web menceritakan kaedah menangani wabak ini.

Juga boleh rujuk di Blog saya http://waghih. blogspot. com

5 ulasan:

Awanama berkata...

Betul..betul...betul... kerajaan zaman rosnajid lebih kepada politik, buleh cuba untuk menanggani masalah semasa H1N1 yang di deritai oleh rakyat jelata.

Hanya seorang insan yang kerdil di dunia maya ini... berkata...

setiap pas kawasan buat solat hajat!

Awanama berkata...

Salam YB

Memandangkan kerajaan umno/be end yg asyik2 berpolitik cara melampau tiap2 hari dan tidak memberi tumpuan yg serious menanggani HINI...dicadangkan semua negeri dibawah PR dan DUN2 PAS adakan inisiatif mengadakan solat hajat beramai2 atau ritual/religious ceremony bagi mereka yg bukan islam.

Awanama berkata...

Kerajaan BN menangani selsema babi lembab macam siput babi

david ahmad muniandy berkata...

biar H1N1 berjangkit dalam badan orang kenamaan dalam politik yang suka makan rasuah.