16 Ogos 2009

HUKUM MENGHISAP ROKOK

Kiriman : JUNHAIRI BIN ABD JALIL"

Isu : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk mengkaji semula fatwa hukum menghisap yang telah dibuat dalam tahun 1987.

Hukum-hukum tersebut adalah melibatkan persoalan :
1.1. Hukum menghisap rokok
1.2. Hukum menghisap rokok di dalam Masjid
1.3. Hukum menghisap rokok semasa membaca Al-Quran
1.4. Hukum menghisap rokok yang

boleh mendatangkan mudarat

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengambil keputusan berkenaan hukum perkara di atas.

Keputusan :

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara tersebut di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam serta berpandukan taklimat yang oleh Dr. Khairuddin berkenaan rokok.

2.2. Maka Jawatankuasa perunding Hukum Syara' telah membuat keputusan seperti berikut :

2. 2. 1. " HUKUM MENGHISAP ROKOK "

Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,

Tersebut dalam kitab "Yasalunaka Fiddin Wal Hayah"

Maksudnya :
Apabila adalah ulama' fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama' hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama' hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama' pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

2.2.2. " HUKUM MENGHISAP ROKOK DI DALAM MASJID "

Hukum menghisap rokok di dalam masjid adalah HARAM Hukum ini dibuktikan dengan Nasnya iaitu :

Maksudnya :

Dan sesungguhnya telah meriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Jabir bin Abdullah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barang siapa makan bawang merah atau bawang putih atau kucai. Maka janganlah ia menghampiri masjid kami, kerana bahawasenya malaikat merasa benci dengan apa yang dibenci, oleh manusia, dan sesungguhnya ulama' fikah telah mengqiaskan rokok dengan benda-benda yang berbau busuk ini, kerana ada persamaan elah (sebab) pada benda-benda yang tersebut ini.

2. 2 . 3 . " HUKUM MENGHISAP ROKOK SEMASA MEMBACA AL-QURAN "

Hukumnya adalah HARAM. Hukum ini diputuskan dengan berlandaskan nasnya seperti berikut

Ertinya :
Dan sesungguhnya adalah munasabah bahawa kita menyebutkan akan kata-kata yang mengandungi amaran yang telah diperkatakan oleh yang diambil daripada gurunya mengenai menghisap rokok duduk membaca Al-Quran, iaitu sikap kita di dalam memuliakan dan membesarkan Allah, maka iaitu haram menghisap rokok dalam majlis Al-Quram dan tidak ada wajah bagi kaul mengatakan makruh.

2.2.4. "HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT "

Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :
Firman Allah Taala :

Ertinya :
Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :

"Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam" ada menyebutkan" mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.

Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan "Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya "

http://www.e- fatwa.gov. my/mufti/ fatwa

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

لا للتدخين .. توقف .. كفاية

KATAKAN TIDAK PADA ROKOK... BERHENTI...CUKUPLAH

Tanpa Nama berkata...

ringkas kata hukumnya HARAM kerana:
1. apa faedah darinya?
2. apa buruk darinya?
3. siapa yang mengusaha/mengaut untung berbilion?
4. semua pakar kata 99% mengandungi racun, punca berbagai penyakit

Muallim Adham berkata...

slm... kenapa tidak diharamkan terus.... tiada langsung baik atau faedah dr merokok, malah keuntungan dari industri rokok ini terus disalurkan utk memusnahkan Yahudi memusnahkan Palestin

david ahmad muniandy berkata...

bagi ustaz yang hisap rokok di malaysia akan kata makhruh sebab aku dah tanya sampai habis-habis.

mr edz berkata...

cubaan ke-? untuk berenti.. paling lama setahun.. hu..hu..hu

Abdullah Ngah berkata...

Saya pernah sebut pasal hisap rokok atas nama bahawa orang yang hisap rokok tidak latak jadi pemimpin.

secara spotan menjawab saya bukan pemimpin. Inilah alasan untuk memboleh dan menghalalkan mereka merokok.

Mereka tidak sedar setiap kita yang lahir didunia ini adalah pemimpin akan ditanya nanti.Bukan setakat ditanya, tetapi akan dimasukkan kedalam neraka jika sah ingkar dan dimasukkan ke syurga jika beriman dan bertakwa.

Seorang ayah adalah pemimpin bagi keluarga mereka akan ditanya nanti dan dijatuhkan hukuman sama ada kekal dan neraka dan syurga.

Setiap suami adalah pemimpin kepada isteri isteri yang dikahwininya akan ditanya nanti dan akan dibalas dengan neraka jika zalim dan akan dibalas dengan syurga apabila adil.

Saya sebut lagi, orang yang hisap rokok tidak layak jadi imam solat.

Imam berapa ramai sangat makmumnya. Tapi pemimpin sudah tentu ramairakyat dibawah takluknya.

Jadi, kalau jadi imam tidak layak bagi orang hisap rokok, apatah lagi jadi pemimpin masyarakat (wakil rakyat ke).Kalau perdana menteri lebih teruk lagi.

Bagaimana pula yang minum arak, berzina berjudi?

Kalau rokok tidak layak jadi pemimpin apatah lagi yang minum arak.

Inilah yang membuat rakyat hidup huruhara tidak aman dan tidak selamat lagi.

Kalau dahulu, mesjid adalah tempat selamat dunia dan akhirat, tapi sekarang ini mesjid bukan lagi tempat yang selamat.

Mesjid haram juga demikian. Ada peragut. Mesjid Al Aqsar dibakar dan diceroboh oleh Yahudi.

Ini semua disebabkan kita angkat pemimpin yang tidak layak jadi pemimpin.

Demikian juga dinegara kita. Kita dipimpin oleh pemimpin yang minum arak, hisap rokok makan rasuah, makan riba.

Bukan setakat itu sahaja malah kerajaan yang memerintah dahulu dan selama lama mengajar rakyat makan riba, makan rasuah, minum arak, berzina dan berjudi.

Akhir akhir ini nampaknya pihak kerajaan nak ajar rakyat sembah berhala pula. Wal hal sembah berhala diharamkan.

david ahmad muniandy berkata...

iblis syaitan jin amat suka asap rokok, berselawatlah apabila nak hisap rokok noh sebab ada sesetengah ustaz dah kata hisap rokok makhruh.

AnakMuda berkata...

Seperti mana seks(zina) dan arak juga, haram tapi masih ramai yang suka sebab - seronok!!

Tanpa Nama berkata...

saya hisap rokok , tapi lepas dgr rokok haram tk berani nak hisap,,,sebab benda haram ni ibadah n doa tak terima.Benti jela skng ni, klu terasa tigin nak hisap rokok...istighfar byk2 sebb rokok ni haram