28 Ogos 2009

Penafian Berita Ustaz Ismail Kamus Meninggal

Mekah, 28 Ogos, 2009 : Berikutan tersebarnya berita dari khidmat pesanan ringkas mengenai Ustaz Ismail meninggal dunia dengan ini saya menafikan berita tersebut. Ianya tidak betul dan khabar angin yang saya tidak tahu berpunca dari pihak mana.

Saya pada malam tadi sekitar jam 11.30 malam waktu Mekah telah menghubungi pihak yang terdekat dengan Ustaz Ismail Kamus dan sekaligus pihak tersebut menafikan khabar angin tersebut.

Ustaz Ismail Kamus yang berada di sini sejak 19hb Ogos lepas dilaporkan dalam keadaan sihat walafiat....

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

diorang tersalah faham kot bukan ust. ismail kamus, tapi prof.dr.ismail salleh..

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah panjangkan umur ustz


nk tahu kelebihan emas anda untk tambah wang anda sila layar link ini http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=metro0909

Tanpa Nama berkata...

entahlah sapa yang sebarkan berita nie..
saya dapat SMS waktu nak sahur....
semoga panjang umur & murah rezeki ustaz dan kita semua... semoga bertambah-tambah golongan alim ulama

Nor berkata...

Alhamdulillah. Semoga Ustaz Ismail Kamus dilanjutkan usia. Alfatihah untuk Allahyarham Prof. Dr Ismail Salleh.

david ahmad muniandy berkata...

saya pun dapat sms begini juga human is not always perfect. tetapi dapat sms begini pun baik juga supaya kita sentiasa mengeratkan silaturahim mengambil berat seseorang itu. kesilapan adalah orang yang hantar maklumat tak betul.

Tanpa Nama berkata...

jangan cepat sebarkan sms yang belum sahih lagi. kita ni kan orang islam, Nabi saw dah ajar kena periksa dulu berita yg disampaikan kesahihannya. nak semena2 untung tauke cellular phone dgn penyebaran sms di merata dunia tng Ust. ismail kamus.smga dilanjutkan usia, sihat, dn dpt sebarkan dakwah oleh ust. yg dikasihi.

Tanpa Nama berkata...

ya allah... saya pun rasa bersalah sebarkan berita yang tidak sohih... kadang-kadang nak buat pahala tapi jadi bala...

Tanpa Nama berkata...

Terkejutnya saya bila baca berita tak betul ni. Saya betul2 suka cara ustaz ismail kamus dalam menyampaikan ilmu. Semoga Allah panjangkan umur ustaz kerana masih banyak lagi yang kita nak belajar dari ustaz.