28 Ogos 2009

Inilah dia rahsia 13 rukun Solat

Oleh : Zamri Keciks

Assalamua'laikum wr wb......... ...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih,
Tapi kalau boleh saya nak yang dapat berikan penjelasan saintifik bagi setiap pergerakan dalam solat, kalau YB ada...

Tanpa Nama berkata...

juga kalau boleh disertakan sanad hadis (jika hadis) tentang fadilat2 rukun solat supaya boleh disebarkan.

Adnan b. Che Awang berkata...

Assalamu'alaikum tuan,
pasal yang rukun 13 tu saya terima kasihlah sebab baru tau.. cuma ini ada ambil dari mana-mana kitab yang boleh saya rujuk?
yang kedua pasal hadith tu macam tak betui aje... iaitu...
Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A. W. bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

ini hadith sampai habis ka atau setakat mana-mana..
mana ada zaman nabi pasal cerita friday 13th tu..
mohon penjelasan dan minta betulkan dengan segera. kalau kira semua tu dah lebih daripada hadith PALSU.
Wassalamu'alaikum.
Adnan b. Che Awang
adnancheawang@yahoo.com