06 September 2009

125 laman web digodam sejak 31 Ogos

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemaskini dan melindungi laman web mereka daripada serangan penggodam.

Nasihat ini diberikan susulan laporan media tentang insiden laman web Malaysia diserang oleh penggodam.

"Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan pelayan laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam untuk menjejaskan laman web mereka," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

SKMM berkata insiden penggodaman kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web. Penggodam itu telah menyisipkan laman web menerusi kerentanan yang dikenali di laman web, mengumumkan bahawa mereka telah melemahkah laman web tersebut.

Suruhajaya itu berkata ia telah memantau situasi tersebut menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM bagi pelbagai komen yang diposkan oleh penggodam di blog berkaitan, forum dan laman web perangkaian sosial.

Berdasarkan laporan daripada pemilik-pemilik yang laman webnya terbabit, tiada bukti selanjutnya yang menunjukkan bahawa terdapat aktiviti menjejaskan lain selain webpage yang disisip.

SKMM bekerjasama dengan mereka untuk mengemaskinikan laman web mereka dengan pek perkhidmatan terbaharu bagi membaiki masalah itu dan mengalihkan laman web yang disisip tersebut.

Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM sekiranya mereka mengesan lagi aktiviti penggodaman dalam laman web mereka, kata suruhanjaya itu. BERNAMA

Tiada ulasan: