06 September 2009

DUN Johor : BN Kian Menyerah Kalah

oleh : Zabidie Abas : http://amkj.blogspot.com

Spekulasi bertiup kuat dalam bila-bila masa Negeri Sembilan akan bertukar ke Pakatan Rakyat. Walaupun bukan pengharapan , namun lobi-lobi hotel mula mengucapkan tahniah.

Pakatan Johor mengarah ke Nusajaya

Ramai rakan-rakan diluar Johor bertanyakan pencatat stuasi PKR di negeri Tanjung Puteri ini. Bertanyakan gerak-gempur dan persepakatan-kesatuan Pakatan Rakyat.

AMK Johor bergabung rapat antara Pemuda Pakatan Rakyat dan menjejaki bangunan Dewan Undang Negeri (DUN) Johor bukan pekara mustahil. Siri jelajah bertali-arus dilkalangan PKR dan Pakatan Rakyat.

Pembongkaran dan serangan telah-akan dilaksanakan. Inshaallah, dalam masa terdekat satu lagi letusan akan berlaku. UMNO-BN Johor kini kian bertempiaran kini.

Pencatat tidak ambil peduli pencacai UMNO dari seluruh negara berkampung di Pagoh, Batu Pahat dan Semberong untuk mengikis projek-kontrak Putrajaya. Si Haloba pasti kecewa apabila terpaksa membayar bil-bil Pilihanraya Kecil.

Pencacai UMNO-BN Johor pula khabarnya bertelagah kerana dianak-tirikan dan pengagihan kontrak di Putrajaya. Iskandar Malaysia pula kini bukan lagi khabar angin berlakunya pertembungan diantara Nusajaya dan Putrajaya. Satu persatu pelabur telah angkat kaki.

Gempur gabungan pemuda Pakatan

Dalam perkiraan pencatat tahun ini, Pakatan Rakyat Johor telah melakukan lebih 500 siri ceramah , perjumpaan kelompok, pemberian saguhati kepada fakir miskin, pengedaran risalah , program kemasyarakatan dan laporan kepada pihak Polis dan SPRM atas jenayah politik Bn-UMNO.

Majoritinya dijana-selia oleh jentera pemuda Pakatan Rakyat .

Diantara sedar atau tidak, kini ramai jentera UMNO-BN mula mendekati Pakatan Rakyat. Malah terdapat ADUN Barisan Nasional mula membelek-belek nombor telefon dikalangan kami.

Pencatat tidak mahu mendahulu Yang Maha Berkuasa dalam memberi jawapan PRU-12, pencatat yakin Sidang DUN bukan mimpi untuk diterajui oleh Pakatan Rakyat.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan jalan kebaikan dipermudahkan oleh Allah.....dibulan yang penuh barakah ini....

Tanpa Nama berkata...

kita doakan semoga bagan pinang dan kerajaan persekutuan tumbang kepada pakatan rakyat, amin...

Tanpa Nama berkata...

jual minyak kualiti rendah pada harga mahal, apa rakyat tidak boleh berfikir... semakin tinggi RON kualiti minyak semakin baik.. tolak BN PRU13

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah nanti PR akan ke putrajaya jg nanti...

Tanpa Nama berkata...

Book cepat2 hotel2 di-PD.. Sebelum BN beli semua bilik2 yg ada di-PD..

Tanpa Nama berkata...

jangan berangan rr PAS PKR...NS kubu kuat BN...

Tanpa Nama berkata...

Whr is our Monorail in Johor?cakap boleh disiap pada 2009?skg 2010 Apa pun tak buat lagi?BN Tipu?