06 September 2009

Kerajaan Perak kini dari kacamata seorang rakyat

Oleh Annuar Kamaruddin

Tiada siapapun di dunia ini akan menafikan bahawa perbuatan ugut, merasuah, menerima rasuah, merampas dan merompak adalah kerja-kerja jahat yang hanya dilakukan oleh orang-orang jahat sahaja. Bahkan sesiapapun akan terus mengutuk kerja-kerja jahat tersebut kerana perbuatan tersebut hanya mengundang kebencian dan merosakkan sistem masyarakat.

Dalam hal kerajaan BN di Perak hari ini, adalah sesuatu yang pelik apabila mereka mengakui bahawa mereka adalah kerajaan yang sah. Mengapa ?

Pertama mereka BN telah melakukan jenayah memeras ugut dua PKR yang terlibat jenayah rasuah. Mereka diugut dengan tindakan undang-undang (walaupun sepatutnya mereka disiasat kerana rasuah). Tetapi ditawarkan pula pilihan dengan merasuah tindakan undang-undang tidak akan diambil jika mereka setuju keluar PKR dan menyokong BN.

Sebelum itu dua ADUN tersebut ‘hilang’ konon pergi berubat padahal diculik oleh BN.

Adapun ADUN DAP tertipu kononnya ramai ADUN lain akan masuk BN, akhirnya dia terperangkap dengan wang berjuta. Apabila berjaya merasuah ADUN-ADUN tersebut dan mereka pula menerima rasuah, BN terus merampas kerajaan Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan menggunakan tekanan terhadap polis, mahkamah dan pihak istana. Dan akhir sekali BN merompak HAK rakyat Perak yang telah mengundi Pakatan Rakyat dengan niat menumbangkan BN.

Setelah berkuasa, ADUN yang terima rasuah itu berkata dia tidak rasuah, tapi ikhlas. Suatu pembohongan yang jelas dan nyata. Kalau sesama UMNO mereka sanggup rasuah untuk menang ketua Bahagian, apatah lagi kalau hendak menumbangkan kerajaan PR !

Lalu , MB kerajaan kudeta (coup de tat : rampasan kuasa) BN Perak yang merampas kuasa dengan cara-cara jenayah yang keji dan terkutuk itu, dengan bangga pula mengumumkan mereka adalah kerajaan mewakili rakyat.

Sejarah rampasan kuasa di dunia selalu terjadi apabila seseorang pemerintah mula menindas rakyat. Dengan bantuan tentera, rampasan kuasa dijalankan. Setelah suasana reda dengan pemerintah yang jahat digulingkan, kuasa pemilihan rakyat dikembalikan dan pilihan raya diadakan kembali.

Tapi di Perak, BN bukan sahaja merampas kerajaan, bahkan merompak pula hak rakyat Perak.

Oleh kerana segalanya bermula dengan jenayah ugut, diikuti jenayah rasuah, jenayah menerima rasuah, jenayah merampas dan akhirnya jenayah merompak, maka sudah sah kerajaan BN Perak sekarang adalah kerajaan penjenayah.

Tidak hairanlah kerja mereka setiap hari melakukan jenayah terhadap rakyat Perak dan ADUN Pakatan Rakyat.

6 ulasan:

nenek kebayan berkata...

Nenek siang2 dah buat ramalan, kali ni PAS PASti menang di Bagan Pinang.

Bukan nya ape, nenek cuma meramal secara nenek aje, ramalan nujum pak belalang.

Tanpa Nama berkata...

penyamun rakannya penyamun, orang masjid rakannya orang masjid, kapal selam akan timbul di bagan pinang.....

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Bila masa pulak..Bn rampas kuasa. Puak Pr lah yg dh macam gila talak. Tak abis2 berangan masih perintah Pk. Ta faham demokrasi ke puak2 ni. Atau tak faham matematik 31>28.

Pr kena terima hakikat bahawa skrang ni yg berkuasa ialah Bn. Tak yah la nak putar belit fakta. Jgn la jadi jahil mrakkab. Tak faham bahsa. Kan dh terang lagi bersuluh, 28 adun Bn ( 27 Umno + 1 Mca ) + 3 calun bebas. Calun bebas dh sudah bjumpa Tuanku dan bersetuju sokong Bn. So kena lah terima hakikat.

Ckp pasal agama pandai... bila bab ni jadi jahil pulak... pastu sombong...serta angkuh bagitau kat org kampung. Masih bekuasa. Tak baca cerita Karrabiyyun ke.. pasal sombong dn angkuhlah... Allah cmapak dlm neraka jahannam abadan abada...

Cukup2 la tipu budak2 kampung yang jahil ttg politik... mamat2 tu bkan nya tau sgt psal politik. Yg dia org tau buat demo saja

Tanpa Nama berkata...

kepada "dol kakirempit".
ni npak sgt ko ni pnyokong obses ngan BN, tentu bapak ko ni YB/wakil rakyat ddr BN kan? klu PR memerintah x dpt ler projek juta2. time nak pilihanry bkan main ckp manis dr kurma,dah mnang hlang ntah mane. alsan bz msyuarat walhal sibuk kire duit rakyat yang kene balun kat umah. anak pe lg,tumpang ler skaki. aku x skong mane2 tp leh tau mne baik mne bruk. dlam dunia ni yg haram pin leh jd halal. ingat3 ler

Tanpa Nama berkata...

kpd dol kakirempit
aku tau ko nie mmg kaki ampu..brape dieorg byr kt ko yek?Dr segi logik akal mmg nampak yg umno/bn nie kaki rampas kuasa..tak payah la ko nk bela puak2 yg dh teruk nie.mmg la dr kiraan matematik BN yg mng.Tp ko tgk blk mcmaner proses tu berlaku.Sbb lakhanat 3org tu.

zahid hamidi berkata...

dol kaki rempit,bikan budak2 tu yg tak pandai politik,tp ngko