21 September 2009

ADUN Titi Serong menyampaikan khutbah raya di Mesjid Parit Hj.Wahab.

Drs. Khalil sedang menyampaikan khutbah Hari Raya Aidil Fitri.


TITI SERONG, 20 Sept. :- Kemeriahan hari raya pada tahun di Kampung Parit Hj. Wahab yang terletak dalam DUN Titi Serong dimulai dengan kunjungan ADUNya, Drs. Khalil Idham Lim bersama isteri dan kesemua 3 anaknya untuk berkhutbah Raya di Mesjid kampung berkenaan.

Menurut maklumat yang diperolihi, inilah hari raya yang kedua digunakan oleh Drs. Khalil untuk berhari raya bersama rakyat sejak beliau dipilih menjadi ADUN dikawasannya. Pada Hari Raya Aidil Fitri yang lepas beliau telah menyampaikan khutbah raya di Mesjid Tebuk Jawa. Hari raya yang pertama setelah menjadi ADUN digunakannya untuk berkhutbah di Puast Tarbiyah PAS di Titi Serong.

Pada kesempatan itu beliau telah gunakan untuk beramah mesra dan makan bersama dalam jamuan tahunan sempena hari raya yang dianjurkan dan menjadi tradisi mesjid berkenaan. Antara juadah yang disedia termasuklah mee dan mee hon goreng, ketupat, laksa dan beberapa jenis minuman.

Drs. Khalil juga mengedarkan kad ucapan hari raya kepada semua jemaah selepas menyampaikan khutbah raya.






4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DRs. Khalil Idham Lim adalah contoh muslim sejati

Tanpa Nama berkata...

Kagum dengan keperibadian Drs Khalil Idham Lim, syabas Drs Khalil, berbanding dgn saya sendiri yang dilahirkan Islam tapi masih terkial2 dalam mengisi makanan rohani saya.

Tanpa Nama berkata...

khutbah dan amal yang ikhlas harus bergandingan.

enkuret enkreabet enkel berkata...

ADUN BN boleh bikin ini macam ka