12 September 2009

Dua pegawai TUDM terbunuh pesawat ringan terhempas di Langkawi

ALOR SETAR: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tengah hari tadi.

Mereka dikenali sebagai Mejar Mohd Rozaini Mohd Mustafa, 37, dan Mejar Mohd Zulkifli Hasan, 38.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera di Langkawi, Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik TUDM.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kirakira 90 meter dari landasan sebelum terbakar," katanya kepada Bernama.

Bomba, yang menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari, menghantar 18 anggota ke tempat kejadian.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi api telah padam.

"Mayat dikeluarkan dari kawasan lapangan terbang pada pukul 1.20 tengah hari dan dihantar ke Hospital Langkawi," katanya. BERNAMA

TERDAHULU:

ALOR SETAR: Dua maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putera, Langkawi Yaakob Hassan berkata pesawat ringan itu dipercayai jenis Pilatus PC7 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang dinaiki dua juruterbang pelatih.

"Maklumat tidak rasmi yang saya tahu, pesawat itu dipercayai dari Alor Setar dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan sebelum terbakar.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari dan sebanyak 18 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yaakob berkata sebaik tiba di lokasi kejadian api telah padam dan mayat keduadua mangsa dikeluarkan daripada kawalan lapangan terbang pada pukul 1.20 petang.

Katanya mayat mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Langkawi. BERNAMA

2 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Masuk syurga atau neraka?

Awanama berkata...

Al-Fatihah
Takziah untuk keluarga kedua-2 pilot terlibat. Maj. Zul kawan sekolah ana di Teknik Ipoh Persiaran Brash.Rakan kedua selepas Lt. Emily Effendi maut kemalangan udara.