12 September 2009

Samy Vellu bidas Dr M, selar Utusan

Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".

Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.

"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.

Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

aku dr amin berkata...

Aik nike BN yang dikatakan tidur sebantal mimpi sama sama. akhirnya air liur basi yang keluar pakat tak nak mengaku siapa punya. dulu tuduh PR tidur bantal sama mimpi lain lain

Unknown berkata...

Hallo samy,kasi orang lain la pulak....olang lain pun mau jugak..

Kuda Perang berkata...

They are going to Be END...

masuksuku berkata...

salam yb. amat terserlah lidah yang bercabang oleh kaum ini...tapi ini lah yang dipelajari sebenarnya daripada UMNO..samy cakap dia cuma ada satu timbalan..matdet ada 4 semua musnah olehnya..samy pulak sebenarnya tak beri kesempatan langsung untuk naik jadi timbalan..apa nak heran ..sama juga..walau apa pun jangan le heran sebab depa tu..matdet dan samy kan pernah berbesan..lupa ke..ini dah kes ibarat air dicincang takkan putus le..darah sama..besan lagi...putar belit pun sama,,

Awanama berkata...

kedai kopi

Samy, asal dari mana? Siapa selamatkan kamu berkali apabila susah? Siapa kamu bidas sekarang?
kalau ingin geledah sampah lama. cam2 akan keluar, sangup buat le!!! tak sanggup biar yg lama tu pergi, urus hidup baru.
Ramai kata, GO!, pergi lah!! perpecahan kaum India tu punca kamu juga, jgn kerana kuncu2 kamu yg takut pd kamu, seluroh Kaum India pula kamu tipu, jangan!!
pergi le sebelum kaum India tu sendiri membuang kamu, malu tu!!!