12 September 2009

GUNA STADIUM BERHIMPUN: KENAPA NAJIB BOHONG RAKYAT PERAK

Kenyataan Media (11 September 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dan rasa tertipu dengan tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengatakan kerajaan bersedia untuk menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan sebaliknya permohonan DPPN Pk untuk berhimpun telah di tolak tanpa alasan yang munasabah.

DPPN Pk mempersoalkan Datuk Seri Najib yang telah bersetuju menyediakan tempat khas bagi tujuan berhimpun telah ditolak oleh Datuk Bandar Ipoh Datuk Haji Roshidi Haji Hashim yang bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib sebelum ini. DPPN Pk yang telah memohon secara rasmi untuk menggunakan Stadium Perak, Ipoh bagi mengadakan himpunan bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang di jadualkan pada 17 Oktober ini diketepikan.

DPPN Pk melihat usaha dengan menolak permohonan ini sebagai cara menutup ruang demokrasi yang jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib berkata bohong di dalam perkara ini. Apa yang menyedihkan adalah seorang Perdana Menteri Malaysia yang di hormati tidak menunaikan kata-katanya. DPPN Pk mendesak kepada Datuk Seri Najib supaya memberikan kebenaran untuk DPPN Pk meneruskan himpunan mendesak supaya DUN Perak ini dibubarkan segera.

Kerajaan di lihat seolah-olah tidak memberikan ruang demokrasi sepertimana yang mereka nyatakan sebaliknya memberikan alasan untuk menafikan kebenaran sebenar. DPPN Pk melihat dengan keadaan yang ada akan membunuh demokrasi di negeri Perak khasnya dengan ditambah kemelut dan krisis rampasan kuasa oleh UMNO / Barisan Nasional (BN). UMNO / BN adalah parti yang tidak menghormati demokrasi di dalam negara kita, merekalah penyebab hura-hara yang berlaku selama ini.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 ulasan:

Awanama berkata...

salam....
memang benar kata samy vellu dalam malaysiakini, masyarakat india bukan tak suka beliau, tapi masyarakat india menyampah dengan umno, sebabnya pemimpin umno lain cakap lain yang dibuat lidah mereka bukan bercabang dua, tapi bercabang tiga, pemimpin umno ni bagai naga berkepala tujuh banyak kecelaruan nya. Mereka tiada pendirian yang tetap sebab lidah bercabang dan berkepala tujuh, itulah sebaik baik ucapan bagi pemimpin umno ini. Saya rasa bukan masyarakat india saja yang menyampah dengan umno malah orang melayu juga telah amat menyampah dengan umno disebabkan pemimpin umno waktu kini amat rendah maruah mereka dengan kerja kerja rasuah, jenayah bagai perogol bangsa bersiri. Mereka telah menconteng arang kemuka setiap orang melayu, mencemar kesucian mahkamah dan memperkosa setiap jabatan kerajaan, perlakuan jenayah mereka langsung tidak mengenal mangsa sehingga bahasa sediri mahu dilenyapkan dari bumi melayu. Inilah yang dapat digambarkan pada pemimpin umno waktu kini dan munkin untuk selama lamanya.......

Awanama berkata...

kerja UMNO kerja bohong rakyat....

zen_P-69 berkata...

GUNA STADIUM BERHIMPUN: KENAPA NAJIB BOHONG RAKYAT PERAK

SEBAB PARTI BE-END/UMum-NO DICIPTA MENJADI MESIN PEMBOHONG.....

Awanama berkata...

Alah biasa la UMNO. Sikit masa lagi takde la lagi UMNO ni.