18 September 2009

Masalah parkir di Bazar Ramadan dapat perhatian

PARIT BUNTAR - Peniaga di sini, merungut mengenai masalah parkir kereta yang agak terhad berikutan kenderaan peniaga dan pembeli semakin bertambah berikutan tempoh Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.:

:Masalah itu semakin ketara apabila anak perantau yang bekerja di ibu kota pulang beraya di kampung halaman masing-masing dan turut singgah di Bazar Ramadan itu untuk membeli juadah.

:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim dan kakitangan pejabatnya telah meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Taman Wawasan Parit Buntar iaitu yang yang terbesar di Kerian.

Lawatan dua jam itu digunakan beliau untuk bertemu bagi melihat dan mendengar sendiri mengenai rungutan serta keadaan peniaga yang berniaga di situ.

:Khalil Idham berkata, selain bertemu rakyat, ia juga khusus untuk mendengar rungutan daripada peniaga yang disampaikan kepada beliau antaranya mengenai masalah parkir kereta agak terhad di Taman Wawasan sehingga ada yang di saman polis apabila meletakkan kenderaan di bahu jalan utama.

:Menurut beliau, keadaan itu berlaku bukan disengajakan, sebaliknya disebabkan kebanyakan pembeli yang datang dengan kenderaan sendiri.

:“kenderaan menjadi semakin banyak apabila terdapat ramai anak perantau yang pulang untuk beraya di kampung halaman mereka di sini.

:“Kita berharap isu parkir ini dapat diselesaikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mencari alternatif lebih berkesan supaya masalah ketiadaan tempat meletak kereta dan motosikal tidak timbul lagi di masa hadapan,” katanya.

:Pegawai Khas Pejabat ADUN Titi Serong, Zakaria Abdullah berkata, lawatan ke Bazar Ramadan itu adalah rutin bagi Khalil Idham setiap kali Ramadan.

:Katanya, lawatan yang disifatkan berjaya itu mendapat maklum balas dan kerjasama yang baik dari semua peniaga serta pembeli di Bazar Ramadan berkenaan.:

Beliau berkata, lawatan itu diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang supaya segala permasalahan dialami penduduk termasuk peniaga dan pembeli terutama di musim perayaan dapat diatasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk semua yang terlibat,” katanya.

Sinar Harian/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa ahli mdk terdiri dari orang orang PAs awat tak cakap dlm meeting.atau tak reti nak cakap dalam mesyuarat kerana hanya tau ceramah saja! ATAU MEMANG SUKA CARI SURAT KHABAR KERANA NAK PUBLISITI SAJA.

kangkalikong berkata...

lorr,,,masalah parkir bazar ramadan memang biasa berlaku dimana2 saja.toksah kata kat tempat PAS,tempat Amno pun sendiri tak satle2.yang paking tengah2 jalan pun ada,yang paking kat simpang sampaikan ganggu lalu lintas pun ada sebab tutup jalan or jalan jadi kecil bila ada bazar.masalah ni bukan masalah YB tapi kita sbg pengunjung,rakyat yang kena tolak ansur.yea la kdg2 nak parkir dekat2 bazar,tamau jauh2 walhal yang jauh tu la banyak parkir lagi.bukan jauh benor,takat 100m-200meter pun malas nak jalan.masalah ni bermusim bukan tiap2 hari pun...saya pun kadag2 paking jauh sikit bila nak pi bazar sebab tamau jalan jem,lagipun senang nak kuar.yea la,kalo nak ikutkan hati,memang la nak dekat tapi memikirkan masalah ni,elok lah tolak ansur sikit...