18 September 2009

Pimpinan Pas Perak terima risalah ‘sampah’

IPOH - Angkara siapakah ini? Itulah pertanyaan yang bermain diminda Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim setelah menerima laporan dari banyak pihak berkaitan risalah ‘sampah’ yang rancak dikirimkan kepada pimpinan Pas Kawasan seluruh negeri.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat itu ketika lawatan Badan Perhubungan Pas Perak ke Pas Kawasan Gerik dan Lenggong

Katanya, dia diberitahu oleh pimpinan Pas Kawasan bahawa sudah hampir separuh Ahli Jawatan Kuasa Pas Kawasan Gerik menerima risalah ‘sampah’ ini.

”Saya istilahkannya sebagai ‘sampah’ kerana di dalamnya mengandungi unsur fitnah dan fakta yang diputar belit dan menyiarkan gambar-gambar palsu yang tidak bermoral.


“Setakat ini saya belum menerima maklumat dari negeri lain adakah bahan sampah ini dikirim juga kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Khalil berkata, sampul itu mengandungi tiga bahan yang bertajuk “The Tales at Mat Bon Anwar Sodomy II, “Siapa Pas Sebenarnya, pejuang Islam atau boneka DAP?” dan satu lagi bahan berupa akhbar tabloid berjudul “The Screw Opener”.

Beliau berkata, bahan itu kemungkinan dikirim oleh musuh Pas termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

“Saya menganggap pihak yang menghantar dan menerbitkan risalah ini adalah orang yang paling bacul di dunia.

“Ini kerana mereka tidak menyebut dari mana penerbitnya, cuma yang dapat dikesan setemnya dikirim dari Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber : Sinar Harian.

2 ulasan:

Sumbu Berasap berkata...

Buat rugi duit stem jer. Hantar pulak dari selangor. Nama penulis pun tak der pada buku yang ditulis. Koman spannar betui. Mana ada orang nak percaya. Tulis ler nama ker...baru ler boleh PR hanyam dia....tak standard ler gitu. Saya dah masukkan dalam tong sampah agar Town Board ada korje sikit. Kalau nak hantar teman eluk ler tulis nama...baru le teman teringin nak baca.

Tanpa Nama berkata...

akhbar BN dah tak laku sampai kena bagi percuma, penonton TV sanggup tonton hiburan yang melalaikan dari mendengar berita fitnah perdana...