13 November 2009

Drs. Khalil lawat petugas Pejabat DUN yang terkena penyakit misteri



TITI SERONG, 12 Nov:- Sekali lagi Drs. Khalil meluangkan masanya menziarahi Abdullah Sani yang terkena penyakit misteri sejak akhir Ogos lepas. Keadaan beliau dikatakan terus bertahan dan setakat ini agak membaik setelah dimasukkan ke Hospital Taiping munggu lepas. Terakhir dia mengalami pendarahan yang serius melalui dubur, dan sebelum ini mengalami batuk darah.

Menurut isteri beliau, sejak Abdullah terkena penyakit misteri tersebut dia lansung tidak dapat bercakap dan dia sering menunjukkan ke mulutnya ada sesuatu yang menahannya. Beberapa hari lepas dikatakan dia boleh mengucapkan beberapa kalimat dan sesudah itu tidak dapat bercakap kembali.

Segala usaha dilakukan oleh keluarga beliau untuk mengubati penyakit misteri itu adakah secara moden atau tradisional.

Semuga Abdullah cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa bagi menyara kehidupan keluarganya yang serba kekurangan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah yang Maha Pemurah lag Maha penyayang...sembuhkanlah penyakit yang dialami oleh Abdullah..Aminnn

Tanpa Nama berkata...

amin...
pakcik Abdullah seorang yang amat baik dan prihatin...
ini ujian yang ALLAH uji, sbb ALLAH syg beliau.
semoga beliau dan keluarga tabah..
ujian dunia hanya sbg jambatan utk syurga...
semoga tabah...