10 Disember 2009

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri

ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.

Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.

"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .

Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.


HarakahDaily.Net/-



6 ulasan:

Awanama berkata...

setakat mana nak control aduan zalim tu....
takut benda kecil2 pun nanti ada rakyat kata zalim...

Awanama berkata...

Kerajaan Kedah ok, tapi agak lambat.

Khabar angin kata MB Kedah kuat berlawak di dalam majlis - NGO tak suka, depa kata MB tak serius. Tapi tak kisahlah, janji buat kerja dan tak songlap harta negeri.

Tapi jangan seronok sangat, sebab musuh memang mencari jalan menawan kembali negeri Kedah. Harap MB dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada seluruh rakyat Kedah. Tapi saya tak mau tiket tengok perlawanan bola percuma, sebab saya tidak tengok bola, mak saya pun tak minat tengok bola. Yang kami harap kalau boleh dapat sesuatu macam rebat air macam di Selangor, atau apa-apa je lah asalkan semua rakyat boleh menikmatinya bersama.

Selain itu, segelintir Ahli Majlis Tempatan dikatakan agak ego, mengalahkan wakil rakyat. Pergi majlis gotong-royong, orang lain belemuih, dia bersih je siap pakai baju tak sesuai majlis, pegang penyapu tangkap gambar kemudian sembang sana-sini, kemudian blah. Tak taulah betul ke tidak tindakan dia, tapi ada orang tak suka.

Ketua kampung pun dilaporkan ada yang tak buat kerja. Jadi minta kerajaan dan parti pantau perkara ini.

Satu lagi, jenayah-jenayah agak berleluasa. Kes kecurian amat ketara. Mohon MB buat sesuatu berhubung perkara ini. Nak harap polis - haram takkan sejahtera negeri Kedah.

Yang lain buat masa ni ok. Kalau dulu masa BN payah nak nampak JKR buat kerja tampal jalan. Sekarang barulah nampak kerajaan bekerja. Kalau tidak swasta je buat kerja.

Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayat kepada MB untuk mentadbir negeri Kedah. Semoga dengan dengan itu Allah akan merahmati, memakmurkan, mensejahterakan dan memberi keselamatan kepada rakyat dan negeri Kedah.

Unknown berkata...

kerajaan negeri kedah baru setahun jagung memerintah....diharap segala kelemahan dapat diatasi untuk menjadikan kedah sejahtera....

Awanama berkata...

Syabas Tuan Guru MB kedah. Kesedian menerima teguran itu satu hak. Cara menegur itu satu hak. Bila orang buka ruang bukan bererti boleh sewenang-wenangnya bertindak tapi caranya perlu berhemah supaya riuh rendah tak jadi bergaduh biarlah ianya jadi hiasan bertemu keluarga.

Sebaik tempat yang wajar dibuat teguran ialah dewan DUN. Berbahaslah secara matang didewan sebagaimana pelajar sarjana berhujah dihadapan 'Perguruan' semasa mengemukakan thesis untuk mendapat ijazah sarjana.

Awanama berkata...

SALAM,
DENGAN MENGINGATI ALLAH SAHAJA HATI AKAN TENANG, HARTA DAN NIKMAT YANG TERLALU BANYAK AKAN MENYEBABKAN HATI LUPA PADA ALLAH DAN SUASANA TIDAK SEJAHTERA AKAN BERLAKU

DI HARAP SEMOGA RAKYAT NEGERI KEDAH DI BERI KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN ATAS RAHMAT ALLAH.

SENTIASA BERSYUKUR KPD ALLAH WALAU DPT SEDIKIT, DAN BERHATI2 JIKA DPT NIKMAT YG BANYAK.(RAMAI YG LUPA ALLAH SEMASA DPT NIKMAT YG BANYAK DAN AKHIRNYA DI TARIK NIKMAT ITU OLEH ALLAH)

AKHIR SEKALI, PEMIMPIN MESTI MENUNJUKKAN TELADAN YANG BAIK DAN MESTI DI LIHAT SENTIASA BERSAMA RAKYAT, SENTIASA BERKATA BENAR DAN SENTIASA BERMESYUARAT DALAM PERKARA KEBAIKAN.

PADA PENDAPAT SAYA, ORG2 MELAYU AMAT SENANG DI TADBIR BERBANDING BANGSA LAIN, TERMASUK MELAYU KEDAH, ASALKAN WAKIL RAKYAT DILIHAT SENTIASA MENGAMBIL TAHU DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT SETAKAT YG TERMAMPU, MAKA ORG2 MELAYU PASTI SAYANG KEPADA PEMIMPIN/WAKIL RAKYAT SEBEGITU DAN AKAN MEMILIH MEREKA BAGI MEWAKILI MEREKA.

Awanama berkata...

sya dri sg.petani sbnrnya brbngga yg sg.petani mnjadi bndar yg sngguh pesat...
tp sya mrayu agar tlg jga lmpu jalan..kmi xmntak tiang lmpu yg cntik..xcntik pn xpa jnji mnyala ja lmpu cz lmpu jln kt sg.petani ni kjap mnyala..kjap dlm gerhana..mntak agr d prbtulkn mslah ni cz bhya bla gelap gelita..bleh brlkunya kmlngan..