10 Disember 2009

Jangan swastakan perkhidmatan ambulan

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli petang tadi meminta kerajaan tidak menswastakan perkhidmatan ambulan demi kepentingan rakyat.

Permintaan tersebut sebagai respon pada penjelasan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan bercadang menambahkan lebih seribu lagi unit ambulans demi menaik taraf perkhidmatan kesihatan negara.

"Penambahan lebih 1000 ambulan difahamkan akan diuruskan oleh suatu syarikat swasta.

"Soalan saya, adakah perkhidmatan ambulan ini akan diswastakan atau tidak," soal Dr. Hatta.

Beliau yang juga Bendahari PAS menegaskan bahawa langkah penswastaan tersebut akhirnya tidak menguntungkan rakyat.

"Sebenarnya penswastaan ini tidak semestinya akan meningkatkan kualiti, tetapi selalunya meningkatkan kos, ini yang selalu kita dengar, akhirnya merugikan (rakyat)," jelas Dr. Mohd Hatta sewaktu membahaskan isu berbangkit berhubung Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menjawab soalan tersebut, Liow mengakui bahawa kementeriannya ada menerima cadangan penswastaan tersebut.

"Memang ada beberapa cadangan seperti ini (penswastaan ambulan) tetapi kami (Kementerian) masih belum membuat apa-apa keputusan," kata Liow.

Pun begitu, Liow memberi jaminan bahawa rakyat tidak akan dibebankan, sekiranya polisi itu dilakukan.

"Sekiranya ada penswastaan (perkhidmatan ambulan) ini, kita (kerajaan dan Kementerian) memberi jaminan untuk kebaikan rakyat dan tidak akan membebankan rakyat," jelasnya.

Respon pada penjelasan Liow, Dr. Mohd Hatta meminta kerajaan mengkaji semua janji-janji politiknya sebelum ini.

"Memanglah dalam penswastaan (yang dilakukan kerajaan) sebelum ini, kerajaan akan janji jimatkan kos dan tidak membebankan rakyat, tapi apabila diswastakan, kita (rakyat) dapati sebaliknya," katanya.

HarakahDaily.Net/-

5 ulasan:

Awanama berkata...

klu diswastakan...jgn pakai ambulan tu.....
tapi takut pula nti bila telefon hospital minta ambulan pihak hospital kata tak cukup dan akan sambungkan ke syarikat swasta tu.....
emmmm alah..mana lah perginya duit income tax yg aku bayar selama ni...sampai tak bole dapat percuma education dan perubatan

Awanama berkata...

kalau nama swasta takan menolong rakyat yang untung nanti kroni- kroni mereka rakyat terus menerima beban

Awanama berkata...

AMBULAN, BOMBA, KEHAKIMAN.....janganlah diswastakan

Awanama berkata...

xsilap saya perkhidmatan ambulans swasta sekarang ni akan charge lebih kurang RM300 satu trip..itu pun nak tambah lagi utk swasta..lepas ni org2 miskin yg kecemasan tahan je lah naik kenderaan sendiri...klu xde kenderaan dok rumah tahan sakit smp baik...itu belum kira kos n tahap perkhidmatan perubatan sekarang...makin lama makin gila! apa lagi jom pangkah lah BN lagi!

Awanama berkata...

ustaz yb,

Agensi Kerajaan diPahang yang ditutup yang berlindung dibalik penswastaan ialah DARA, JENGKA dan IADP Pahang Barat. Tetapi nampaknya kroni yang beli seberapa murah dan dijual runcit seberapa mahal....dan sekarang satu persatu tergadai kepada "SIPUTAR ALAM" kerana tergadai AKIBAT politik wang pilihanraya 2008 .

AWANG BALAK