10 Disember 2009

Pengetua Dan Guru Besar Mungkin Diberi Kuasa Ambil, Pecat Guru

KUALA LUMPUR: Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara.

Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba'iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah.

"Sekiranya pengetua atau guru besar perform, beliau akan mendapat ganjaran...tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji.

Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka.

"Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan hire and fire...mereka dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Parlimen.

Beliau berkata melalui revolusi sistem pendidikan itu, kementerian telah melakukan beberapa perubahan termasuk mewujudkan banyak persaingan dengan memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi.

Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran juga akan mengumumkan 20 sekolah yang diberi penarafan sekolah berprestasi tinggi.

Selain itu, katanya kementerian akan melakukan rombakan kepada sistem taksiran iaitu sekolah bukan berorientasikan peperiksaan sematamata memandangkan pendidikan merupakan sesuatu yang dinamik dan perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa.

Beliau turut disoal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mengenai bagaimana kerajaan mahu memartabatkan profesion perguruan sebagai profesion pilihan pertama dan bukan yang terakhir seperti yang berlaku mutakhir ini.

"Sebab itu, kita mesti berusaha menukar pemikiran guru supaya mereka melihat pendidikan sebagai perjuangan untuk memberi keadilan kepada rakyat," kata Mohd Puad.Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan mengubah dasar sedia ada cuma pendekatannya yang berbeza.

"Saya yakin kalau perubahan minda ini dapat dilakukan, kita akan berjaya," katanya.Kepada soalan lain, Mohd Puad menafikan migrasi sesetengah pihak ke luar negara dalam bidang pendidikan kerana rasa tidak selesa dengan sistem pendidikan negara.

"Saya ragu dengan hujah Ipoh Timur bahawa mereka migrasi ke luar negara kerana tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan kita...mereka ini migrasi kerana melihat kepentingan kebendaan dan disebabkan pekerjaan mereka," katanya.

Beliau juga berkata walaupun terdapat dakwaan bahawa sistem pendidikan kebangsaan gagal melahirkan pakar, ilmuan dan sebagainya, angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor AlMasrie adalah produk sistem itu.

"Sepatutnya kita berbangga dengan dasar pendidikan kebangsaan kita," katanya.-BERNAMA

mStarOnline/-

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO JANGAN TERKEJUT KALAU UNDI 380,000 CIKGU AKAN BERALIH ANGIN DALAM PRU AKAN DATANG.

Tanpa Nama berkata...

menteri ni jgn ikut sedap mulut je buat cadangan....ingat senang nak beri tanggungjawab pada Pengetua & Guru Besar...
dah buat kajian ke cara ni boleh tingkat sistem pendidikan?..yg mat sembab lancarkan SGM (standard guru Malaysia) tu kemana matlamatnya?...dah tajuknya pun pakai bahasa rojak...buat malu je menteri macam ni

Tanpa Nama berkata...

cadangan mendidik guru-guru jadi pembodek macam sistem ssb saranan Mahadtir kutty.

Unknown berkata...

saya sebagai bakal guru melihat sistem yg dicadangkan akan membebankan dan memberi tekanan kepada pihak admin sekolah....guru2 yang sedia ada masih dibebani dgn urusan pengkeranian hingga m'ggu PnP di dlam kelas....jadi,bagaimana sistem ini boleh dipraktikkan?? pihak berwajib sepatutnya mengkaji kelemahan sistem yang ada dan melakukan penambahbaikan....saya ingin menjadi guru disebabkan minat yg mendalam....terlalu bayk lagi kelemahan2 yg perlu diselesaikan....sekadar pandangan seorang guru pelatih

Tanpa Nama berkata...

bab* umno tau kebanyakkan guru adalah penyokong kuat PR dan para pengetua /guru besar adalah kroni2 umno,mca,mic,gerakan.kroni2 ini akan bermaharajalah nanti tetapi para guru perlu terus berjuang menentang para kroni ni.........hidup PR

Tanpa Nama berkata...

bnyk program yg dijlnkn umno hnya mneguntungkn sebelah pihak...trsenyum lebarlh kaki pengipas dn pembodek...mana2 guru yg x brsetuju dgn apa2 xtvt yg dilaksanakn pengetua atau guru bsr sebaiknya tutup mulut awal2..jika tidak anda ada hrpn dipecat...

Tanpa Nama berkata...

Kalau guru sementara dan kontrak bolehlah Pengetua lantik atau pecat.Tapi kalau guru tetap hanya Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang boleh lantik (SPA - pegawai awam yang lain). Untuk pecat perlu rujuk Perintah Am Bab D dan perlu tubuh Jawatankuasa Turun Pangkat atau Buang Kerja peringkat Ibu Pejabat atau Kementerian. Bukan boleh suka-suka buang orang.

Pegawai Awam

akulajuki berkata...

Kalaulah cadangan ni dilaksanakan kita akan dapat lihat nanti guru-guru dah takder masa nak fikir tentang kaedah serta pendekatan P&P dalam kelas lagi dah tapi dok sibuk fikir macam mana nak cari kaedah serta pendekatan yang lebih berkesan untuk bodek Penyutua dan Guru Besar.

Yang paling untuk Pengyutua dan Guru Besar sebab mana-mana sedara-mara yang menganggur mereka boleh ambik beri kerja jadi selesailah masalah graduan menganggur di kalangan anak beranak mereka.

Laksanakanlah dasar ni lagi cepat lagi bagus kalau boleh sebelum PRU akan datang, elok sangatlah tu sebab nanti kita sama-sama dapat tengok kerajaan yang ditunggangi oleh UMNO ni melungkup lagi cepat.

Unknown berkata...

dulu...mase kecik2,sy ingt lagi cikgu tak boleh cakap pasl politik kt dlam kelas....tp,dalam mase yg same,program amno dibuat di dewan sekolah dan guru2 bebas menyertai asalkan UMNO sahaja....kenape hal ni terjadi??

Tanpa Nama berkata...

kalu buat peraturan nie....seronok sakan laa pengetua dn guru besar seluruh malaysia... lg banyaklaa guru2 yg akan jadi gila krn pengetua yg sememangnya gila kuasa...gila pangkat....
kaalu x caya tengoklaaa

lebaikampong berkata...

tok guru nik aziz tak bleh dipecat sebab dilantik oleh rakyat kehendak rakyat

david ahmad muniandy berkata...

secara lawak kalau kena pecat kena bayar pampasankan....

prestasi seseorang guru adalah buat yang terbaik bukannya bergantung atau letak nama sesebuah sekolah yang terkenal sehingga peringkat antarabangsa. Lagi satu kalau seorang pengetua memecat seseorang guru ikut hati sebab hendak menurut cakap pengetua guru besar sekolah ataupun nak jadi gangster dalam sekolah pun tak guna juga.

Unknown berkata...

dan makin ramailah guru2 yang akan jadi tukang bodek a.k.a kaki ampu a.k.a kaki kipas kepade guru besar atau pengetua.....

Tanpa Nama berkata...

awk semua ni baru org cadang dah takut.. apa awk semua ni ke yg tersalah profession..klau keja bgus apa nak takut....lagi pun banyak sangat kita dengar guru2 sekarang ni bukan ingat nak ngajr betul dah le tu melawan dan tak hormat pengetua atau guru besar.jadi langkah yg kerajaan akan buat ni ada juga faedahnya..sekurang-kurangnya guru2 yg selalu lambat datang dan selalu awal balik tu akan berkurangan...

Tanpa Nama berkata...

saya seorang pekerja dari sektor swasta..dan tidak ada kaitan langsung dalam arena perguruan..tapi dalam soal ini..saya melihat cadangan kementerian nie langsung tidak praktikal dan tidak wajar sama sekali..keadaan nie boleh timbulkan banyak budaya negatif,cntohnya mengampu,mungkin akan timbulnya gejala rasuah,salah guna kuasa,akan lahir guru2 yang tidak berkualiti..kerajaan perlu pikir cara lain dalam hal nie..bukan dengan cara memberikan kuasa veto kepada guru besar n pengetua..banyak lagi kaedah lain yang lebih praktikal mengikut cara islam..jangan cuba politik kan isu ini dan kementerian pelajaran

Tanpa Nama berkata...

Koncu koncu mereka saje ade di sekolah tu! Lah ini pun depa tu tak boleh diharap! Lingkuplah gitu! Nak pecat . buat tuisyen aje kat student tu. Tak tension mcm lah ni!

Tanpa Nama berkata...

Di Universiti pun kalau saya tak silap, Naib Chancelor pun tiada kuasa pecat pensyarah. Pensyarah mempunyai Master, Phd dan interlektual. Banyak berjasa kepada pembangunan negara.Banyak pelaburan telah dibuat untuk biayai pengajian mereka. Guru boleh dijadikan isu sebab belajar tak lama, mungkin tak interlektual sangat. Elaun belajar pun tidak tinggi. Tak rugi pecat mereka? Saya hanya membuat analogi, bukan anti pensyarah.

Kalau begitu beri juga kuasa pecat pada semua Ketua Jabatan Kerajaan lain. Guru-guru yang dan banyak berkorban wang, masa dan tenaga menjadi seakan tambatan. Guru-guru tak pernah berkira. Ramai guru-guru yang membantu BN ( dulu Parti Perikatan )dari dulu hingga sekarang.

Gejala rasuah dikalangan pegawai tinggi kerajaan persekutuan / negeri di jabatan tertentu masih wujud. Mereka inikah yang patut diberi kuasa untuk " memecat ". Contoh, mengarah perasuah membank in duit rasuah ke dalam deposit akaun bank yang membiayai pembelian contoh sebagai bayaran bulanan kereta mereka.Itu belum termasuk rasuah berbentuk pelancongan bersama dll.

Rasuan atau cable merampas hak dan menghancurkan harapan dan penat lelah orang lain yang lebih layak.

Tingkatkan prestasi dan penguatkuasaan. Perlu selesaikan dan kawal banyak masalah lain seperti kebanjiran pendatang asing yang tak terkawal, kebanjiran mega shopping komplek yang menjadi tumpuan remaja membuang masa dan boleh mendorong rakyat bersifat materialistik dan berhutang, ( sebaliknya perlu lebihkan pusat rekriasi, taman rakyat , pusat sukan dan perpustakaan di kejiranan.)dadah, rasuah, lbgt, peberian pas sempadan, lawatan sosial yang terlalu mudah, salah guna kuasa, jenayah senjata api, hiv dll. Mansuhkan jawatan kerja GRO ( kebanyakkannya melacur ) Sebab kerja GRO mukadimah zina. Leads to hiv.Ini bukan Thailand. Kesan negatif kepada masyarakat akibat gejala-gejala ini amat memualkan. Membawa kepada pembaziran masa, tenaga, wang, keruntuhan akhlak dan keruntuhan institusi keluarga. Bagaimana murid nak tumpu belajar jika ibunya dicerai ayah sebab perm indon rampas. Ini bukan kes terpencil.

Media dan industri hiburan perlu dikawal.Berita hiburan artis barat dan tempatan yang tak berbudaya banyak di pamer didada akhbar dan TV. Belum termasuk lagi filem ganas , mistik dan cinta fantasi dan cinta kebetulan tak masuk akal. Merendahkan tahap pemikiran pelajar. Kain nak dibasuh didalam baldi yang sering dicemari. KURANGKAN PENCEMARAN.