10 Disember 2009

ZAMBRY KE AMERIKA CARI PELABUR: BUKTI ZAMBRY MB HARAM

Email : Safarizal saleh

Kenyataan Media (9 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan rombongan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terpaksa mengadakan lawatan rasmi untuk mencari pelabur sehingga ke Amerika Syarikat. Datuk Seri Zambry yang menjelaskan tujuannya ke luar negara adalah untuk mencari pelabur bukti bahawa beliau bersama pentadbirannya jelas tidak meyakinkan pelabur luar untuk melabur ke Negeri Perak yang mana tidak jelas kedudukan Menteri Besarnya serta kestabilan pentadbiran dan politik semasa.

Usaha Datuk Seri Zambry yang juga akan bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia semasa berada di United Kingdom jelas cuba melibatkan pelajar Malaysia kekancah berbaur politik amat dikesali. DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Zambry jangan mengheret pelajar ke kancah politik kepartian. DPPN Pk jelas bahawa tujuan Datuk Seri Zambry memberikan penjelasan kepada pelajar berhubung kemelut politik Negeri Perak bukan cara yang boleh diterima semata-mata mahu pelajar ataupun rakyat Malaysia di luar negara menerima cara rampasan kuasa di Perak. Tindakan terdesak Datuk Seri Zambry ini jelas menunjukkan sifat terdesak beliau untuk meraih simpati rakyat.

DPPN Pk meminta supaya pelajar-pelajar kita yang berada di sana tidak menerima penjelasan Datuk Seri Zambry semata-mata, tetapi mereka juga perlu mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam perkara ini bagi membuktikan kebenaran.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

6 ulasan:

ASYRAF berkata...

dah terbukti dia mb haram.dah la mamak .

Tanpa Nama berkata...

harap betullah cari pelabur.....bila balik kena report berapa jumlah potensi pelaburan dapat dah dapat.....
jgn plak balik nanti ada jatuh sakit...sbb banyak makan......makan angin

PORTMAN berkata...

Alangkah bagus kalau Malaysia ni terus dijajah Inggeris. Bila pentadbiran asing menguasai Malaysia sudah tentu Melayu dapat bersatu menentang penjajah. Tak bergaduh, tak bersangka buruk semasa Melayu. Haprak la politik Melayu ni!!

Tanpa Nama berkata...

ni sorang ni lagi lah buta sejarah........
semua bangsa bersatu menentang penjajah.....

Tanpa Nama berkata...

SIAPA YG BUTA SEJARAH.....??

GERAKAN TERAWAL MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN MENDAPAT TENTANGAN DARI PIMPINAN UMNO SPT DATO' ONN DAN YG SEWAKTU DGNNYA.

MASIH SEGAR DLM INGATAN UNGKAPAN PEMIMPIN UMNO BAHAWA KUNUNNYA MELAYU BELUM BOLEH MEMERINTAH KERANA NAK BUAT SEBATANG JARUM PUN TAK BOLEH ...

KATA2 DARO' ONN BANGSA MELAYU TIDAK ADA KEPAKARAN DLM MENTADBIR DAN BERBAGAI ALASAN BODOH YG LAIN.... DPT DILIHAT MASIH DITERUSKAN UMNO SEHINGGA KINI APABILA BERDEPAN DGN KRITIKAN RAKYAT.

MELAYU ISLAM MALAYSIA TIDAK BERSATU DGN MELAYU UMNO DLM BYK HAL.

Tanpa Nama berkata...

Memang buta sejarah...la...kalau masih lagi mengharapkan sejarah yang diolah oleh orang Inggeris. Buta-sebuta-butanya...sejarah itu tipu dan kita terima bulat-bulat..kata bangsa berdaulat..tapi sejarah..orang luar dari kita yang tulis...sila baca sejarah sebenar..jgn jadi bangsa ditipu lagi sesuka hati...http://sejarahnagarakedah.blogspot.com.
Baca dari awal..jgn kat tgh-tgh nanti salah buat kesimpulan.