06 Januari 2010

Nizar lancar buku PDK

19 Muharram 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Buku Perak Darul Kartun (PDK) mendapat sambutan hangat apabila hadirin yang datang mendengar ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Lenggong di Kampung Malau dekat sini Isnin lalu berebut-rebut membelinya selepas dilancarkan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan buku berkenaan di hadapan lebih 2000 hadirin ketika gilirannya menyampaikan ceramah sempena program ceramah jelajah Parlimen Lenggong itu.

Buku karya Kartunis Zunar itu terus menjadi rebutan hadirin sebaik-baik Nizar melancarkannya bagi peringkat Parlimen Lenggong, malah ramai yang hampa kerana stocknya kehabisan.

Selepas selesai saja Nizar menyampaikan ceramahnya yang penuh semangat dan mendapat perhatian hadirin itu, beliau dikerumuni pula oleh pembeli-pembeli buku PDK untuk mendapatkan tanda tangannya.

Turut berceramah pada program itu Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, Gobalakrishnan dan Yang Dipertua (YDP) PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, manakala Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang hadir juga diberi kesempatan menyampaikan ucapannya.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Zulkifli (Ibrahim) Zakaria, Naib YDP PAS Lenggong, Ustaz Mohd Kushairi Ariffin dan Ketua Penerangan PAS kawasan, Shukri Ahmad.




2 ulasan:

Awanama berkata...

mane nak dapat buku ne??
ada jual kat area kl x???

tok janggut berkata...

kt kl ada x nak satu