06 Januari 2010

Kes Beng Hock, Kenapa SPRM takut kepada ahli patologi dari Thailand ?

20 Muharram 1431

SHAH ALAM: Kes Kematian secara misteri Teoh Beng Hock nempaknya semakin menarik apabila Abang kepada mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Meng Kee hari ini memfailkan usul supaya seorang pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Notis usul itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh & Company di pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret di sini hari ini. Pegawai SPRM tersebut pada minggu lepas muncul dengan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Kemunculannya membuat laporan polis itu diandaikan oleh banyak pihak mempunyai agenda tersembunyi.

Antaranya banyak mengandaikaan laporan polis tersebut sengaja dibuat bagi menakutkan ahli patologi itu. Antara perkara yang menakutkan SPRM ialah laporan ahli patologi dari Thailand bahawa 80 pratus menurutnya bahawa Beng Hock adalah mati dibunuh.

Adakah Raub sanggup tanpil untuk melaporkan sesuatu yang merupakan rahsia tetapi sudah diketahui umum seperti yang disiarkan oleh media arus perdana mengenai kenyataan ahli patologi itu kalau lah tidak ada pihak kedua dan ketiga yang mengarahkan beliau?

Adakah Raub benar-benar seorang yang cukup punya didikasi yang tinggi dalam melaksanakan tugas sehingga ingin muncul sebagai jaguh dalam kes Beng Hock ?Kalaupun begitu saya harapkan dia melakukan pendedahan sebenar siapakah yang membunuh Beng Hock seperti yang dikatakan oleh ahli patologi dari Thailand itu.

Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita selepas memfailkan notis usul itu berkata usul itu difailkan kerana mendakwa Raub telah menghina mahkamah melalui laporan polis yang dibuatnya terhadap ahli patologi dari Thailand ahli patologi dari Thailand yang juga salah seorang daripada saksi dalam inkues kematian Beng Hock.

"Kami memohon perintah bagi (Raub) dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana dalam laporan polis itu, beliau mengesyaki Dr Pornthip telah membongkar maklumat mengenai bedah siasat kedua (ke atas Beng Hock). Pada pendapat kami, itu merupakan perbuatan cuba menakut-nakutkan saksi kami.

"Kami meminta Mahkamah Koroner menggunakan bidang kuasanya untuk menghukum Raub Ghani bagi menghina mahkamah atau alternatifnya memberikan surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah," katanya.

Beliau berkata permohonan itu dibuat mengikut Perkara 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.

Karpal berkata Dr Pornthip perlu dibenarkan memberikan keterangan tanpa sebarang ancaman daripada manamana pihak.

"Kami panggil beliau (Dr Pornthip) datang ke sini dan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman, kami akan berikan perlindungan sepenuhnya kepadanya bagi memastikan beliau dapat memberikan keterangan di mahkamah dan biar mahkamah buat keputusan," katanya.

Dalam afidavit yang disertakan dalam notis usul itu, Meng Kee, 34 berkata pada 1 Jan lepas, Raub dari Jabatan Penyiasatan SPRM Putrajaya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam terhadap Dr Pornthip.

Katanya, Raub di dalam laporannya berkata beliau mengesyaki Dr Pornthip telah membongkar maklumat mengenai bedah siasat kedua Beng Hock yang dijalankan pada 22 November tahun lepas kepada pihakpihak yang tidak sah.

Meng Kee turut memohon supaya mahkamah mengarahkan Peguam Negara untuk membuat laporan polis terhadap Raub untuk didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara Jenayah 1947, di mana jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di bangunan sama.

Inkues kematian Beng Hock dijadual bersambung Khamis ini.

4 ulasan:

Pornotop berkata...

Prontip ditakuti mungkin kerana dia kafir, dan makcik ni daht buat judgement dengan tengok gambar, puh besar punya kelentong, mike pulan dok sokong bagai nak rak...

asalchemor berkata...

prontip memang pakar dalam bidang dia. ambil contoh lah macam doktor pakar kulit,dia tengok simptom pada kulit pun dia dah boleh assume penyakit apa dan apa rawatannya.prontip pun tgk gambar sahaja pun dia boleh buat penilaian.untuk membuktikan penilaian kena ada fakta,eksperimen,hipotesis dll.so dia jalankan bedah siasat kali kedua.
orang yang pakar nie penilaian dia jarang tersasar.paling kurang aku rasa 60% betul.kerana dia berpengalaman dalam bidang kerja dia.
pornotop nie pakar dalam bidang apa agaknya?

dino berkata...

apo nak kesah dengan cakap-cakap di luar mahkamah. Bukan ada hansard. Kita tunggu Pronthip cakap dalam mahkamah yang disertakan dengan bukti, dalil dan hepotisis pakar. SPRM takut tu mungkin kerana "ada angin dan pokok dah mula bergoyang". Piiiiirraaah.

Awanama berkata...

h a hahahahahahahah isaaaaaaa hahahhahaha jgn larii haaaa jangan komennnnn hhhhaaaaaa, ending kes ini ialah akudah tauuuuu ohhh ttttaaakkkkkk aku tak tau tak tauuuuuu nanti aku kena repot polis lakkkk he he kesnya ape...kesnya siapa bunuh sidia...tapi la ni nak jadi kes lain lakkk iaitu kes ugut...hei hei lari dari topik ka