26 Januari 2010

Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar

10 Safar 1431H

Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.

Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.

Ketika itu Anwar sedang mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta usaha beliau mendedahkan isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin Jet.

"Sebab itulah tema ceramah saya bulan ini adalah 'Selamatkan Malaysia'," katanya.

Tiba-tiba beliau terdengar teriakan daripada hadirin "Polis datang", lantas Anwar yang menyedari kehadiran polis berkata: "Tak apa, tak apa serahkan saya."

Selepas itu kelihatan Wan Abdul Bari bersama beberapa anggotanya menaiki pentas meminta Anwar menghentikan ceramahnya menyebabkan para penyokong dan pengawal peribadinya mengerumumi beliau.

Kedengaran juga teriakan daripada hadirin dan penyokong membantah tindakan polis itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Anwar cuba untuk mengakhiri ceramah dengan bacaan doa tetapi tidak dibenarkan oleh polis.

Selepas itu kelihatan Anwar bertegang urat Wan Abdul Bari. Namun tidak dapat dipastikan apa yang diperselisihkan pada waktu tersebut.

Kekecohan itu berlaku selama 10 minit di atas pentas tersebut.

Ekoran itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.

Kemudiannya para penyokong Pakatan Rakyat pula berteriak dengan menyuruh pihak polis yang masih berada di pentas supaya beredar dari situ.

Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.

Sementara itu Wan Abdul Bari ketika ditemui pemberita selepas kejadian tersebut berkata pihaknya terpaksa memberhentikan ceramah tersebut kerana "ucapannya tidak selaras dengan program mesra rakyat".

"Ia adalah program perjumpaan dengan rakyat. Pada peringkat awalnya, okay, tetapi bila beliau (Anwar) hadir, ucapan-ucapannya lebih berunsurkan politik yang tidak selaras dengan program mesra rakyat, jadi kita terpaksa memberhentikannya," katanya.

Sementara itu ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang turut berceramah ditemui pemberita mengecam tindakan polis naik ke atas pentas.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata tindakan polis itu pentas adalah "tidak wajar".

Ini kerana katanya tindakan itu "tidak menampakkan profesionalisme" dan "mengundang keadaan yang lebih kecoh".

Bagaimanapun beliau tidak mengetahui apa yang diperselisihkan oleh Anwar dan Wan Abdul Bari kerana pada waktu itu beliau berada jauh dari pentas sewaktu dikerumuni oleh para penyokong bekas timbalan perdana menteri itu.

Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut mengecam polis tindakan polis tersebut.

Nurul Izzah yang juga anak sulung ketua pembangkang itu berkata polis harus menunjukkan profesionalisme mereka, lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai.

Beliau juga menjelaskan pihak urusetia juga memohon permit untuk mengadakan ceramah tersebut tetapi tidak diberikan.

Beliau juga berkata urusetia turut memohon dewan berdekatan dengan flat tersebut tetapi tidak dibenarkan untuk menggunakannya.

Sebelum itu, sepanjang pemerhatian Malaysiakini, terdapat dua sekatan polis diadakan sebelum majlis ceramah itu bermula.

Sekatan yang pertama dari arah Universiti Malaya (UM) menuju ke tempat ceramah tersebut iaitu betul-betul di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa,

Sekatan itu dibuat kira-kira 50 meter dari tempat ceramah itu diadakan, manakala satu lagi sekatan dibuat dari arah Pantai Dalam, kira-kira 400 meter dari tempat ceramah itu diadakan.

Lebih 30 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) kelihatan di tempat ceramah tersebut.

Malaysiakini/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana keadilan polis malaysia, asyik pro UMNO

Tanpa Nama berkata...

sudah banyak kewibawaan pihak polis tercemar kerana nak jaga u/bn kita tetap lawan tetap lawan

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
INILAH 1MALAYSIA, RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN,

DAH LEBIH 50 TAHUN KITA MERDEKA TAPI...
RASA MACAM BERADA DI ZAMAN PENJAJAH...

KE KITA NI MASIH LAGI DI JAJAH YER?
TAPI SIAPA PENJAJAH KITA SEKARANG?

TIADA KEBEBASAN BERSUARA, KEBEBASAN MENYATAKAN PENDAPAT YANG BERBEZA DENGAN PEMERINTAH DARI PERSPEKTIF YANG BERBEZA, KEBEBASAN MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK, KEBEBASAN BERFIKIR, DALAM SUASANA AMAN...

MENGIKTIRAF PEMBANGKANG SEBAGAI GOLONGAN YANG BERJASA SEPERTI PEMBANGKANG DI AMERIKA DAN BRITAIN, BUKAN DIBUAT MUSUH MACAM MUSUH NEGARA ATAU KOMUNIS...

AKU PERNAH BACA CERITA MAT SALLEH TENTANG RAJA DENGAN PAKAIAN BARUNYA...
YANG SEBENARNYA RAJA TAK PAKAI APA2, TAPI DISEBABKAN DIKELILINGI OLEH PENGAMPU2 YANG DAPAT MANFAAT DAN BAHAGIAN DARI RAJA, SERTA INGIN MELIHAT RAJA JATUH, MAKA MEREKA MEMBERI NASIHAT YANG SALAH KEPADA RAJA DAN MENYATAKAN PAKAIAN YANG DIPAKAI RAJA ITU CANTIK DAN DIKAGUMI RAKYAT, WALHAL RAJA TAK PAKAI APA2 PUN (BERBOGEL), RAJA SEDAR DIA BERBOGEL SETELAH TERDENGAR SEORANG BUDAK KECIK YANG MENTERTAWAKAN RAJA DAN BERKATA RAJA TAK MALU, SEBAB TAK PAKAI APA2..HEHEHE

BANYAK CERITA MAT SALLEH YANG KITA BOLEH JADIKAN IKTIBAR DALAM PEMERINTAHAN...

Tanpa Nama berkata...

polis ni memang barua..

yo am berkata...

biar la...polis menjalan kan tugas tu...jngan marahkn dia...klu dia x menjalankn tugas soru mis la...

Tanpa Nama berkata...

gaji polis adalah haram

Cinta Al-Aqsa berkata...

polis anjing kerajaan. kalau buat kerja tu ikhlas xpe la. eh, tulis macam ni ada org umno yang nak buat report polis tak? lol..

Tanpa Nama berkata...

ba'pa wat naya ke DSAI,kompromilah kwan,UMno wat yg salah jadi betol,yg btol jadi salah,makang kropok gondel bnyaklah