24 Mac 2010

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

7 Rabiulakhir 1431H.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Speaker DUN Perlis telah dengesahkan berita tersebut seperti yang disiarkan dalam media elektronik termasuk Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, dilapor juga telah mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," kata Speaker DUN Perlis.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Temp atnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak mahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPR akan buat rayuan mahkamah pulak..
alasan rugi duit rakyat kalau buat PRK

Tanpa Nama berkata...

biasalah tu bila terkena batang hidung sendiri semuanya xleh, rugi..rugi..membazir duit rakyat dan mcm2 lg 1001 mcm alasan akan diberi rakyat boleh menilainya sendiri,ini bukan thn 46 ( UMENO ditubuhkan) atau 50an yg rakyatnya byk yg buta huruf sbb itu pada masa tersebut diadakan kelas org2 dewasa spt yg terdapat dalam filem P.Ramlee Pendekar Bujang Lapok, he...he..!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya diorang semua (BN) takut nanti kalau adakan pilihanraya kecil, pembangkang mesti menabg. InsyaAllah...

Anti UBN berkata...

Apa lagi BN ...PR sekarang dah lemah..MP dan ADUN banyak lompat...Ni lah masa nak belasah PR di gelanggang politik...Bagi pukulan TKO...Hidup BN..Jangan la pujuk ADUN tu...Biar dia letak jawatan...