24 April 2010

Bebas dari tuduhan rasuah, lantik kami jadi Exco kalau tidak ugut untuk lompat sekali lagi.

8 Jamadil Awal 1431H.

Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak (gambar) dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Keputusan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat yang mempertahankan mereka berdua sebelum mereka menjadi pengkhianat dan penyebab kepada jatuhnya kerajaan PR Perak dalam rampasan kuasa satu masa dulu adalah benar.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta hari ini.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar .

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Berikutan dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah pada hari ini , saya menjangkakan mereka berdua akan menerima hadiah yang dijanjikan iaitu dilantik menjadi Exco kerajaan negeri. Kemungkinan untuk mereka dilantik kejawatan itu adalah sangat wajar memandangkan jasa mereka berdua kepada BN sangatlah besar sedangkan hadiah yang diterima mereka adalah tidak setimpal jasanya setakat ini.

Bagi saya katak dari jelapang, Hee Yit Fong yang telah menerima semua yang diimpikan selama dia berada dalam pakatan Rakyat. Hadiah -hadiah kepada Katak ini telah diterima semuanya menurut maklumat yang saya dapat termasuklah anugerah pangkat Datuk dari DYMM Sultan adalah hasratnya yang sering diucapkan satu masa dulu.

Namun kenapakah hadiah kepada jamaluddin dan osman tidak nampak sangat, sedangkan masa dan hayat katak ini dalam politik semakin hampir untuk tamat. Sudah pasti mereka berdua tidak akan dicalonkan lagi untuk mewakili BN bila berlaku pilihanraya pada masa akan datang, sedangkan habuan dari persaraan nampak kurang jelas.

Katak jelapang sudah sangat kenyang, dan dia sebenarnya kalaupun masih berkokok bukan untuk memanggil hujan tapi sekadar untuk seronok-seronok sahaja sebab semua yang diimpikan sudah dicapainya.

Sedangkan katak Behrang dan Changkat Jering terus berkokok kalau-kalau benar jangkaan saya dia akan dilantik menjadi Exco dalam masa terdekat.

Kalau tidak eloklah ugut BN untuk melompat sekali lagi dan pasti saudara-saudara akan dilantik kejawatan tersebut.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat Melompat....selama 1 penggal.
Nanti siapa pula akan dipilih?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Mereka siKATAK nee bebas adalah berkemungkinan telah mendapat habuan dpd BN sebagai ganjaranya... Tetapi ganjaran diAKHIRAT nanti juga akan menunggu mereka.. janganlah lupa pada yg DISANA.....DISANA...DISANA (neraka @ syurga)

Tanpa Nama berkata...

msuk BN utk slmatkn diri..
tp igt yg kita ada YANG MAHA MNGETAHUI..
lari dari amanah adalah munafik..
so blkg kn hkuman akhirat demi selamat dri hkuman dunia..ni yg brlaku skrg pd ahli KATAK slruh mlysia

Tanpa Nama berkata...

sudah terang lagi bersuluh
ini taktik 1 israel
serang habis habisan tak kira halal n haram
orang lain buat semuanya dibangkang n salah
tapi bila sendiri buat jadi halal
muka tak malu lagi keluaq dalm tv
semua ustaznya pun sama
terimalah habuan di lubang kobor nanti amin

Tanpa Nama berkata...

hidup mahkamah 1 malaysia,,,semua jadi pencacai umno....
menteri pasola dan tok bomoh sedang membuat rawatan katak-katak yang terlebih lompat...zam-zam ala kazam...

Tengok cerita laksamana do re me sebijik jadi kat perak...( tarik balik gelaran p ramlee..dia kutuk negeri perak dan umno...)

Tanpa Nama berkata...

haram jadah punya katak. mahkamah pun sama. baikk tak payah bawa ke mahkamah,,buat pengistiharan ...sapa yang ada rasuah minta masuk umno ,,mahkamah akan bebaskan hangpa

Tanpa Nama berkata...

Pengakhiran yang telah dijangkakan sejak dahulu. SPRM adalah sayap UMNO, oleh itu faham-faham saja lah. Pendakwa tidak boleh meneruskan pendakwaan jika SPRM tidak bersungguh-sungguh mahu mendakwa. Kecualilah katak-katak ini masih lagi dalam Pakatan, pastilah SPRM akan melakukan apa sahaja bagi mensabitkan mereka. Hidup 1Malaysia!

Unknown berkata...

Ni lompat si katak lompat.Lepas lompat terjun telaga.Bergelumang dosa.Dunia bolehlah tiada prima facie. Akhirat terkancing gigi.Baru gheti.Mampuih la.Orang bagi kepercayaan dikhianati. Kan tu Yahudi. Takpun munafikin.Ingat selamat ke main aci-aci macam tu.Kejam masuk , kejap keluar, ikut suka hati saja.Ingat 'chipsmore' ke? Kalau berani letak jawatan lawan sekali lagi.Pakai tiket bebas. Ingat orang nak undi lagi? Mati hidup balik terkancing gigi pun tak menang.Puihhhhhh

pemerhati berkata...

Ramalan ku benar belaka. Masuk dipihak sana semua beres

Mozas berkata...

Menggelupur Mahfuz pertahan Pas For All. Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/menggelupur-mahfuz-pertahan-pas-for-all.html