3 jamadil Awal 1431H.
Zulkifli Sulong
HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.
Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.
Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.
Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.
"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.
Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.
"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.
Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.
"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.
Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.
Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.
Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.
Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.
Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.
Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.
Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

2 ulasan:
SALAM,
SLOGAN UMNO YG TERBARU, 'UMNO MAMPU BERUBAH', HAKIKATNYA TINGGAL SLOGAN SEMATA-MATA KERANA KALAU DI PERHATIKAN MEDIA MASSA MILIK UMNO SEPERTI UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN , RTM DAN TV3 SEMUANYA MAKIN LAMA MAKIN TERUK PEMBERITAANNYA...
...PARTI2 KOMPONEN BE END MAKIN HURU HARA DENGAN...
...MIC YG PEMIMPINNYA DIKTATOR, GILA KUASA (SAMY VELLU PRESIDEN MIC SEUMUR HIDUP KOT?)
...MCA PEMIMPIN TIDAK BERMORAL DI LANTIK,
(CHUA SOI LEK AKAN DI LANTIK JADI MENTERI APA YE NANTI?)
...UMNO PULAK 'PARTI YG BUSUK DARI KEPALA SAMPAI KE USUS" KATA DR MAHATHIR...
(SEBENARNYA PARTI UMNO BUSUK BERMULA DARI ZAMAN MAHATHIRLAH ... RAKYAT TERENGGANU TIDAK AKAN MAAFKAN MAHATHIR DAN MUNGKIN MEREKA MENYUMPAH MAHATHIR KERANA MAHATHIRLAH YG MENUKAR WANG ROYALTI JADI EHSAN...BAGI MAHATHIR MELAYU TERENGGANU ADALAH PEMINTA SEDEKAH).
BERBEZA DGN DATUK ZAID IBRAHIM, TERBUKTI SEORANG PEMIMPIN YG BERPRINSIP DAN TIDAK GILA KUASA, SERTA MENGUTAMAKAN RAKYAT...YG LEBIH PENTINGNYA BELIAU TAHU DAN AMAT FAHAM DETIK NADI RAKYAT YG SUSAH KERANA BELIAU DTG DARI KELUARGA YG SUSAH, BUKAN MCM PEMIMPIN2 UMNO SEKARANG YG DTG DARI KELUARGA YG SENANG DAN MEWAH...
DATUK ZAID (SUDAH) BERUBAH DARI SEORANG YG BAIK (BERPRINSIP) KEPADA YG LEBIH BAIK (MENENTANG KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN KERAJAAN PUSAT TERHADAP SEMUA RAKYAT)...
SEDANGKAN UMNO, HANYA MAMPU CIPTA SLOGAN 'MAMPU BERUBAH' UNTUK MENIPU RAKYAT.
MANA BUKTI UMNO SUDAH BERUBAH?
Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi
Jin Said:" Boss! TGHA amanatkan agar Zaid Brahim disokong 100%".
" Ya! Atas dasar kepentingan parti, amanat TGHA perlu diterima. Namun, pimpinan jugak wajib jelaskan, apacara PAS dpt mengawal si Zaid ni. Ingat, dia dah cuba merosakkan UMNO, malangnya beliau gagal. Lalu meninggalkan UMNO!. Ramai yg punya anggapan, bahawa Zaid Brahim cukup bahaya jika tidak dikawal!!".
Catat Ulasan