15 April 2010

SEKALI LAGI KERAJAAN UMNO BN PERAK LANGGAR PERATURAN

30 Rabiulakhir 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

Sebagaimana yang didedahkan oleh Pesuruhjaya (PJ) PAS Perak dalam Kenyataan Akhbarnya pagi tadi, jelas bahawa kerajaan UMNO BN telah melanggar Syarat-syarat dan Peraturan Perlantikan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Bukan sahaja Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perlantikan Penyelaras Masjid pun tak ikut peraturan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling kepada Jabatan Agama Islam Negeri-negeri termasuk Perak bertarikh 10 Jun 2005. Surat tersebut adalah menjelaskan Syarat-syarat dan Peraturan
Perlantikan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) yang mesti dipatuhi oleh semua Jabatan Agama Islam Negeri-negeri.



Dalam surat tersebut dilampirkan Skim Perkhidmatan Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Peringkat Daerah. Dalam BAB A (PENGAMBILAN DAN PERLANTIKAN) bil 3 menyebut : Pemilihan akan dibuat melalui temuduga, Lembaga Temuduga adalah terdiri dari Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia/wakil dan ahlinya hendaklah Pengarah/Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam Negeri.



Yang dipersoalan sekarang, mengapa tidak ada iklan bagi jawatan tersebut dan temuduga ke atas pemohon-pemohon yang berminat dan berkelayakan. Ini menunjukkan bahawa UMNO BN cuba mencampuri urusan yang bukan tugas mereka dan mahu monopoli semua jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Setelah seluruh Jawatankuasa Qaryah (Masjid) dikuasai oleh merek seluruhnya kini perlantikan Penyelaras Masjid juga ditentukan oleh tanpa melalui proses permohonan dan temuduga.

16 orang yang dilantik 9 daripadanya muka baru dan 7 orang yang lain dikekalkan. 9 orang yang dilantik itu pula tidak melalui proses temuduga sebagai yang disebut dalam Peraturan Perlantikan dan Syarat-syarat Perkhidmatan Pegawai Penyelaras Masjid Peringkat Daerah.

Manakala 7 orang Penyelaras Masjid yang telah tamat tempoh perkhidmatan selama 1 tahun diperbaharui semula perlantikannya, tetapi penyambungan semula perkhidmatan pula tidak berdasarkan prestasi kerja yang dibuat selama tempoh perkhidmatan.

Apa yang dikesalkan mereka menggunakan nama Tuanku untuk mohon perkenan sedangkan nama-nama yang diangkat kepada Tuanku tidak melalui proses temuduga.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

umno dah sememangnya perosak agama..tapi yg peliknya knp le pegawai agama pun sanggup bersekongkol dgn umno dlm melakukan kerosakan tersebut..!!! nanti mati jwb le pd munkar & nakir di alam barzakh..dan berilah alasan kpd Allah di alam akhirat..

Tanpa Nama berkata...

Bekas PPMD.

Dah la lantik tak ikut peraturan.Gaji dan elaun pun terabai.Harap pihak pembangkang siasat seorang kerani bernama Fauzi Abu Bakar di Bahagian Pengurusan Masjid yang tidak menjalankan amanah yang diberikan...