02 Mei 2010

Ugut bunuh Nik Aziz: PAS buat laporan polis

17 Jamadil Awal 1431H.


Dewan Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Khamis lepas.

"Saya menyedari mengenai ugutan terbabit, selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, yang ditulis pada malam Khamis lepas.

"Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis itu.

Beliau berkata PAS menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan dan secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Nik Abdul Aziz.

"Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.

"Semalam, saya juga ada memeriksa akaun terbabit namun ia tidak lagi aktif," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui Bernama mengesahkan menerima laporan itu.

"Kita akan siasat dan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terbabit," katanya.

Zulkarnain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-- Bernama

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bunuh ulama' dijamin syurga ke? kalo bunuh katak dapat dosa?

Tanpa Nama berkata...

Itukan kader yang dibentuk oleh UMNO? Jahil!!!

Tanpa Nama berkata...

KALU NAK CARI PUBLISITI PUN, JGNLAH UGUT2 NK BUNUH ORG...DAH RASA HEBAT SGT KER!!!

KALU TAK KENA BUAT, ALLAH MATIKAN DIA DULU SEBELUM SEMPAT NAK BUNUH ORG.

INILAH PEMUDA UMNO, BUKAN NAK BERHUJAH CARI KEBENARAN DAN BERJUANG UNTUK ISLAM, TAPI BERJUANG UNTUK DUNIA SEMATA2...

MATA BUTA KE, MALAYSIA SKRG NI DI LANDA PELBAGAI MASALAH...BUANG BAYI, GEJALA SOSIAL, MINUM ARAK, HIBURAN MELAMPAU, EKONOMI MELAYU MAKIN TENAT, BANDAR2 BESAR ORG2 ISLAM MENUMPANG JER, MONOPOLI ORG2 BUKAN ISLAM KE ATAS KEPERLUAN HIDUP ORG2 ISLAM, ORG2 ISLAM DI USIR DI MANA-MANA...

UMNO BERJUANG UNTUK ISLAM KONON! DAH 50 TAHUN! KALAU BERJUANG UNTUK ISLAM DAN KERANA ALLAH, KENAPA MASALAH SOSIAL/EKONOMI ORG2 ISLAM DI MALAYSIA MAKIN TERUK/PARAH?

ORG CAKAP PENIPU DAN ADA CIRI2 MUNAFIK MARAH!

Tanpa Nama berkata...

itu orang otak tarak atas kepala,atas lutuk ada.bodo punya olang..... P mampus la..

Tanpa Nama berkata...

budak tu cakap je lebih.confirm x berani buat.cuma nk publisti murahan je.tgk muka pun dh tau budak ni mmg penakut.

Tanpa Nama berkata...

harapkan muka je hensem, rupanya tak de otak..lembu pn ade otak, ni spesie binatang ni?hmm..mesti spesis haiwan yang blum sempat saintis nk letak nama..aku jek bagi nama, mohd safuan hilmi ni spesis dajal mata dua..blaja tinggi2, tp abiskan duit mak bapak ang jek..bodoh

Tanpa Nama berkata...

ekkeek kalau kita pun sama komen mengomen kita punsama mcm mereka jugak beb