16 Jun 2010

ADUN DAP Malim Nawar Keluar Parti, Isytihar Bebas

3 Rajab 1431H.


SUBANG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Perak Keshvinder Singh (gambar) daripada DAP keluar parti dan menjadi ahli Bebas.

Beliau berkata pada satu sidang media di Holiday Villa Subang di sini sebentar tadi

Keshvinder berkata, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP kerana kononnya kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Sehubungan dengan itu saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini bagi menjawab tohmahan yang tidak berasas yang didakwa oleh Keshvinder .

Disamping ini saya berharap semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat terus bersabar dan bertenang dengan berita terbaru ini. tumpuan Pakatan Rakyat ialah tidak lain dari menumpukan sepenuhnya gerakkerja untuk menumbangkan BN dalam Pilihanraya akan datang.

4 ulasan:

Aku Budak Kampung berkata...

YB,
kenapa byk sgt wakil rakyat PR asyik melompat je?

Tanpa Nama berkata...

duit.....
tekanan yg wakil rakyat dapat dari UBN, bukan calang-calang.

hari-hari diiklankan dgn duit.... dia sendiri pon dah mengaku cuba di sogok 20 juta. dah ada laporan SPRM pon.

Tanpa Nama berkata...

Jawapannya sebab tak de roh perjuangan.Lepas ni PRU ke 13, rakyat perak perlu sokong YB PAS.Insyaallah.. YB Pas tak kan lompat...

Unknown berkata...

sbb ramai wakil rakyat PR dipilih dri mereka ygn miskin. papa kedana.