16 Jun 2010

Terkini 9.30 pagi:jenazah ustaz Hassan Syukri selamat disembahyangkan.

2 Rejab 1431 H

Jenazah bekas presiden pas,ustaz Hassan Syukri selamat disembahyangkan dengan diimamkan oleh presiden pas,tuan guru Haji Abdul Hadi Awang,turut bersama sembahyang ialah mursyidul am pas,tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,ajk syura ulama,ajk pas pusat,sanak saudara,rakan taulan dan pemimpin serta penyokong pas dari seluruh pelusuk negara.Turut hadir sama dalam sembahyang jenazah tadi ialah menteri di jabatan perdana menteri,Dato Jamil Khir Baharum.

Saya jangkakan sejumlah lebih 2000 orang hadir sembahyang pada pagi ini.Semoga roh almarhum ustaz Hassan Syukri ditempatkan oleh Allah dikalangan orang yang terpuji dan para syuhada...Al-Fatihah.(gambar akan menyusul kemudian)

2 ulasan:

Awanama berkata...

salam sheh, ana lebih prefer anta guna perkataan solat dri disembahyangkan...

Awanama berkata...

اللهم ابدله دارا خيرا من داره واهلا خيرا من اهله وادخله الجنة واعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

Seikhlas doa dan saya menjadi saksi allahyarham seorang yang baik hati dan mudah menolong.