10 Jun 2010

Cina Islam dengan imej baru : Terima kasih Admin Hisyam

27 Jamadil Akhir 1431H.

Bermula lewat malam tadi semua pengunjung blog Cina Islam mula melayari blog ini dengan wajah dan imej baharu dengan 3 kolum hasil kerja keras dan bantuan dari Admin Hisyam. Penampilan baru tepat beberapa jam sebelum Muktamar PAS ke 56 di PUTIK Kelantan dan saya adalah antara perwakilan dan akan berucap mewakili Negeri Perak membahas Ucapan Presiden PAS.

Sebenarnya hasrat untuk menampilkan blog kesayangan anda ini dengan tempelete baru telah ada sejak beberapa bulan lepas, namun kerana kekurangan ilmu mengenainya maka saya terpaks meneruskan dengan imej lama sehinggalah Allah menemukan saya dengan Admin Hisyam yang dengan Ikhlas sedia berkerja keras membatu menyusun kembali kandungan asal blog dalam tempelete 3 kolum yang lebih ceria dan mesra pelanggan.

Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada Admin Hisyam , semuga usaha dan bakti murni tuan akan diberkati Allah SWT.

Kepada semua pelayar blog Cina Islam, saya ucapkan terima kasih dengan kunjungan anda, kerana tanpa anada apalah adanya pada blog yang sekecil ini.

14 ulasan:

...anak emak... berkata...

template baru... syabas, namun slow downloading tidak seperti yang lama...

boyanis sos cili berkata...

semoga semakin semangat

Awanama berkata...

Tahniah YB. Menarik dan ada kelainan. Moga-moga akan bertambah pengunjungnya

AHMAD YUSRI JUSOH berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Awanama berkata...

Syabas..harap setiap catatan YB dapat memberikan tarikan kpd pengunjung

Awanama berkata...

tahniah YB, sangat menarik tapi background hitam menyilaukan mata drpd yg sebelumnya. teruskan perjuangan-alfilfullani pmtg pauh

mekjah berkata...

salam, tahniah YB tapi nampak mcm download slow sikit...

baei berkata...

Tahniah YB, semalam sudah masuk, tetapi cari tempat chat tak ada, jadi biarlah dulu. Hari ini pun belum ada, maka gunalah ruang ini untuk mengucap tahniah. Bagaimanapun saya rasalah latar belakang hitam agak kurang menarik.

Awanama berkata...

Pada YB blog ini kecil, pd saya sangat besar ertinya. alhamdulliah, always proud to be a Muslim.

Dehearty berkata...

Alhamdulillah..nampak lebih menarik dan ceria blog YB nih sesuai dgn peredaran masa. Semoga YB akan terus bersemangat dlm mengaktifkan blog ini.

Ir Qutb berkata...

SALAM UST , MACM MANE NAK DAPATKAN TEMPLATE YANG MENARIK NI

Awanama berkata...

tahniah dan syabas, perubahan yang sgt dinantikan tapi sedikit menyilaukan mata kerana backgroundnya hitam.

keADILan 95 berkata...

askum yb apa khabar sihat ke.

Awanama berkata...

Salam YB.
Tahniah dalam bentuk baru dan kelihatan lebih menarik. Namun ingin saya mencadangkan supaya kedudukan template dan sebagainya (hijau) dialih ke kanan. Saya beralasan, cara bacaan kita (rumi) adalah dari kiri ke kanan. Bermaknanya keutamaan untuk berita utama (berita oleh penulis blog, owner) berada di sebelah kiri. Sebelah kanan hanya perlu diletakkan lampiran (template)sebagai bahan sampingan untuk diklik oleh pengunjung blog. Dengan cara ini, pergerakan mata dari kiri ke kanan (cara membaca rumi). Kebanyakan pengunjung menjengah blog adalah untuk mengetahui berita-berita atau tulisan dari minda penulis (blog owner), kemudian baru ke link yang terdapat.
Aiman Rizal