15 Jun 2010

Hanya 600 sertai perhimpunan Melayu Bangkit

1 Rejab 1431 H
Sazali Md Noor

KUALA TERENGGANU, 14 Jun: Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini.

Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut pengerusi penganjur program, Razali Idris, terdapat 40 NGO yg bergabung di majlis ini.

Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mei, iaitu hari berlakunya tragedi rusuhan perkauman, ditentang oleh pelbagai pihak selepas ia didedahkan oleh PAS dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Dalam sidang itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Setiuasaha Agung, Datuk Mustafa Ali kesal dengan perhimpunan yang bakal menaikkan semangat perkauman sempit itu.

Ekoran itu pelbagai pihak membantahnya termasuk rakan-rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Ekoran itu, pihak penganjurnya telah menangguhkan perhimpunan itu ke hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah berucap dengan mengungkit sejarah politik dan kemerdekaan negara.

Menurut beliau, sudahlah pengundi Melayu hanya 60 peratus sahaja di negara ini, mereka pula berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Umno, PAS dan PKR.

Beliau juga menyindir bekas timbalannya, tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan berkata "mata hitam yg mempunyai tabiat buruk, tidak boleh dibenarkan terus memimpin orang Melayu."

Harakahdaily/-

3 ulasan:

ali alor setar berkata...

Kesian kat tok det takdak sapa nak cium tangan hang dah la nie,hang pie cakap pun takdak sapa nak dengak.Dulu bulih la hang angkut depa dengan bas,bagi nasi bungkuis,duit ciput depa pakat pie la.

Tanpa Nama berkata...

saya pun berasa kesian dengan che det ni kenapa orang yang termasyhor seluruh dunia ini cuma 600 orang saja mendengar celoteh beliau. sepatutnya juta tuta bolih tawan rakyat semalaysia.

Tanpa Nama berkata...

perkauman bukan masalah kat malaysia tetapi rasuah dan salah guna kuasa bermaharajalela..fikir-fikirlah