29 Jun 2010

Kisah Benar

15 Rejab 1431 H
Oleh: Shah Bundy

Pada 8.8.2009 jam 5 petang saya menziarahi rumah kenalan saya di salah sebuah kondominium di Kampung Pandan. Terkejut saya dibuatnya. Habis rentung segala harta benda didalam rumahnya.

Yang hairan lagi pelik dan ajaibnya. Api tiada tapi tiba-tiba sahaja peralatan-peralatan dalam rumah satu persatu berasap dan hangus. Selama 4 hari berlaku berterusan. Berbagai usaha dan ikhtiar dilakukan tetapi gagal menghalang kebakaran demi kebakaran berlaku.

Nak panggil bomba pun api tiada. Nak padam menggunakan pili bomba yang sedia ada. Air pula tiada, kering. Kemuncak kejadian asap misteri ini ialah dengan bunyi satu letupan yang kuat dan menggegarkan dan mengemparkan seluruh penghuni kondo tersebut. Habis rentung 100% tiada yang dapat diselamatkan.


Yang hairannya lagi ia tidak merebak ke rumah jiran. Hanya terbakar dalam rumah sahaja.

Selang beberapa hari kejadian misteri ini berlaku. Jiran beliau dan penghuni kondo pakat beramai-ramai membaca Yassin berdekatan rumah beliau. Selang 2 pintu. Berlaku lagi satu misteri. Asap misteri itu menyerang tuan rumah yang mengendalikan bacaan Yassin.


GHOST SHADOW

Walaubagaimanapun, asap misteri ini gagal memasuki rumah tersebut. Hanya berlegar didepan pintu rumah. Dan hanya dapat membakar kasut-kasut yang terletak diluar pintu rumah tersebut.

KESIMPULANNYA.

Saya nak ajak kita berfikir dan membuat kajian bersama. Kenapa rumah jiran tersebut gagal ditembusi? Seperti yang dijanjikan oleh junjungan besar Nabi kita. Janganlah engkau jadikan rumah mu sebagai kuburan. Ianya bermaksud rumah yang tidak dialuni dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran akan menjadi kuburan. Dan memudahkan jin dan syaitan masuk kerumah kita.

Ini bukan pertama kali berlaku kepada kenalan saya ini. Dua tahun yang lalu rumah pertama beliau telah mengalami kejadian yang sama. Ratus ribu telah dibelanjakan sebagai ikhtiar. Selama setahun beliau sekeluarga menderita tidak dapat tidur akibat api misteri tersebut. Ratusan ribu ringgit habis dibelanjakan. AKhirnya dengan rawatan yang ikhlas dan tidak dikenakan sebarang bayaran dapat menyelesaikan masalah asap misteri ini.Kejadian ini terpapar didada akhbar metro, kosmo, Sinar dll.

Tapi tak lama, selang setahun dari kejadian ini rumah beliau dan 5 biji rumah jirannya hangus terbakar

Saya sendiri pernah melihat sendiri dengan mata kepala asap-asap yang masuk kerumah beliau dan membakar peralatan-peralatan ketika membuat rawatan.

PENGAJARAN .

Kita jangan hanya bergantung pada mahkluk untuk menyelesaikan apa jua masalah zahir mahu batin. Makhluk sepertu Ustaz, Kiyai, Imam dan perawat yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran hanya boleh memberi pentunjuk jalan untuk menyelesaikannya. Jika kita sendiri tidak mengamalkan apa yang disuruh oleh Nabi kita. Percayalah Perawat yang hebat dalam dunia sekali pun tidak membantu menyelesaikan masalah kita.

Marilah kita kembali menghidup semula azimat mukijazat Al-Quran dan Hadith yang ditinggalkan oleh Nabi kita.

Makmurlah rumah kita dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setidak-tidaknya baca Yassin padda malam Jumaat. Tapi kalau boleh baca setiap malam walaupun sedikit lagi baik

Ibu dirumah ajak anak-anak solat berjemaah dirumah. Bapa pula rajin-rajinlah solat berjemaah di surau atau masjid. Kerana Nabi dalam sejarah hidupnya tak pernah sembahyang dirumah. Solat dirumah sah tetapi tidak sempurna dan tidak mengikut SUNNAH. Mereka yang solat berjemaah di surau atau masjid insyaAllah keluarga mereka tidak akan terkena sihir.

Bapa sebagai ketua keluarga harus meningkatkan tahap ibadah. Memperkasa rumah tangga agar dapat hidup aman damai dan tenang.

Solat jemaah jangan abaikan. Zikir-zikir amalan nabi seperti MATHURAT sebagai pendinding yang mapan mampu menangkis sebarang ilmu sihir. Puasa sunat Isnin dan Khamis menguatkan roh dan menundukkan hawa nafsu. Solat sunat yang paling afdhal sekali dalam menyelesaikan apa jua masalah ialah solat sunat Tahajjud. Hanya sedikit insan yang mampu melakukannya. Waktu itulah doa yang paling mustajab untuk mengadu dengan Allah S.W.T.

InsyaAllah.
" janganlah anda menyesali sesuatu kesalahan yang terlanjur anda lakukan,tetapi hendaklah anda berfikir tentang sebab berlakunya kesalahan itu,kemudian berusaha untuk memperbaikinya." - Hukamak.

Tiada ulasan: